MY BREASTFEEDING JOURNEY ; BREAST ENGORGEMENT & MILK BLISTER/BLEB🥲

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Moga kita semua berada dlm keadaan sihat walafiat, Aameen 🤲🏼

Fuh berhabuk sudah. Lamanya rasa tak bersua dek sibuk menguruskan dua Pangeran tercinta. Pss memandangkan Neil dah 6 bulan lebih 8 bulan lebih nak masuk 9 bulan dah (hiks, plan asal memang nak post waktu Neil 6 bulan, tapi busy uruskan anak, harini baru ada kesempatan🤭) and fully susu badan (not direct BF pun), aku rasa aku perlu share my experience as regards to bengkak susu and milk bleb/blister for future references kawan-kawan aku yang ramai bakal ibu and dah jadi ibu dah pun dekat sini. Kat sini aku takdak niat nak melucah ye?🥴

Selama 6 bulan aku nyusukan Neil through bottles, dah 3 kali aku bengkak susu. Hanya Allah Taala yang tahu betapa peritnya jadi ibu. Sebelum tu, buat ibu yg direct BF aku rasa takdak masalah sangat, InsyaAllah asalkan lekapan betul 😌 tapi buat ibu yg macam aku ni, yang nak kena pump masuk botol sebab anak taknak direct BF maybe kena prepare dari segi fizikal and mental sikit lah, kena disiplin betul betul. Jangan sesekali langkau waktu pam tidak merana seminggu ye, tu pun paling sikit. Kalau tak mau p ke dua minggu menahan sakit bengkak susu.

For the first time, aku bengkak susu and benda ni normal lah kan dalam pantang if ibu yang baru bersalin bengkak susu sebab susu diproses oleh badan for the need of baby. And for the second time, aku jadi bengkak susu ni sewaktu Neil umur 4 bulan lebih tak silap. Also, for the third time baru-baru ni still jadi even anak dah besaq weh and anak pun dah boleh makan dah pun, in which sewaktu Neil dah nak masuk 6 bulan. The big reason why bengkak susu ni dalam case aku, sebab badan aku oversupply susu, setiap sejam setengah mesti basah baju and terkadang aku terskip waktu pump dek busy dok tolong mak aku jaga kedai dia. 

Waktu dalam pantang tu, jadi dekat breast kiri and aku panggil orang mengurut, Alhamdulillah dgn izinNya dah tak bengkak. Yang kali kedua tu, aku memang tak tahan sampai demam, aku pergi klinik terus on antibiotics sebab doktor takut susu tu ada jangkitan kuman and makan jugak ubat tahan sakit and surut bengkak sebab doktor ada rasa breast aku, dia cakap urat susu dah bengkak teruk. She advised me to pump breast kiri and buang je susu sebelah kanan takpa kalau baby nak minum. Bila boleh bagi susu sebelah kiri dekat bayi tu, bilamana aku lengkap antibiotics 48 jam 😌 Lepastu aku panggil orang mengurut sebab waktu ni jadi dekat dua dua belah breasts, tapi paling ketara belah kiri.


Yang kali ketiga ni, bengkak susu dekat breast kanan. Seram sejuk je rasa terus demam dua hari. Puncanya lambat pam je, mula breast kiri bengkak pastu dah pam alhamdulillah hilang bengkak tu, then datang pulak ke breast kanan this time nak pam pun sakit 😭 Waktu tu pulak klinik tak bukak, aku terpaksa cari solusi lain iaitu try Lecithin Shaklee tu lepas tu baru pergi klinik mcm biasa on antibiotics, makan ubat tahan sakit and surut bengkak.


For milk bleb/blister pulak, dia macam jerawat dekat puting payudara and benda tu sakit weh. Jerawat yg sakit. Salah satu punca dia badan oversupply susu and lekapan tak betul. Cara untuk legakan dia, tuam breast dgn air suam then slow slow pecahkan milk blister tu pakai kain tu, macam buat sapuan lembut tu atas milk blister tu sampai pecah. Wajib pecahkan milk blister ni, InsyaAllah susu tak henti keluar 😭

Minggu lepas, lepas aku bengkak susu kali ketiga tu, aku jadi sebelah kanan waktu ni aku memang tak pecahkan. Aku takut sungguh, kalau kalau dia nanah and kena infection ke apa. Memang nak pergi klinik! Tapi mak aku cakap jangan lagi, dia jadi dekat puting je InsyaAllah takdak apa apa yang serious. Dalam dua hari jugaklah aku tanngung sakit. Only bila pam tu, dia pecah sendiri baru reda sakit tu. Then, waktu Neil masuk 6 bulan ni, aku jadi lagi milk blister tu sebelah kiri pulak. Ya Allah sakit betul ! Kalini aku decide ntuk pecahkan lepas tuam pakai air suam. Alhamdulillah susu laju sungguh turun and ketulan susu dah hilang 😢

Begitulah pengalaman aku sebagai seorang ibu yang bercita-cita nak menyusu Neil sampai dua tahun hihiks 🤭 Apapun nasihat aku, jangan letih mencuba setiap petua dekat Google, mana tau sesuai. Sebab lain orang lain penerimaannya. Tapi kalau tak sedap hati pergi je klinik, InsyaAllah doktor akan prescribe ubat yg sepatutnya. Pss; Moga bersua pada masa akan datang, anak nak tido hehe👋🏼

Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCON💊

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) 📑

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = 🔥