MY FIRST PERIOD AFTER NEIL'S DELIVERY 🩸

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Moga Tuhan sentiasa memberikan nikmat kesihatan kepada kita semua, InsyaAllah 🤲🏼

Dah lama rasanya aku tak bercerita di blog ni. Harini, aku rasa terpanggil untuk menceritakan pengalaman haid aku yang pertama selepas melahirkan Neil. Don't get me wrong okay? Mesti ada yang cakap, benda macam ni pun nak kongsi. But, bagi aku yang selalu curious bab keperempuanan ni aku nak jugak bercerita sebab aku yakin ada lagi kat luar sana yang macam aku. CURIOUS!

Waktu lahirkan Neil aku decide untuk BF ye (even tak direct in which through pumping letak dlm botol) and benda yang paling aku tertanya tanya awatlah aku tak period lagi? Sedangkan Noah dulu FM and waktu umur Noah dah 3 bulan aku period dah ! Aku memang betul betul risau bab ni. Ye lah berkaitan dgn dalaman wanita + takut upt positive🥴

Aku ada tanya mak aku jugak, normally bila kita akan period in case kita menyusu baby? Mak aku cakap depend on orang, ada yang cepat lepas pantang dah period, ada yg dalam 3 bulan dah period. Ada yang lambat, kadang setahun baru period. Kadang sampai anak tiga pun ada. Ada yang tak mai sambung mengandung baru pun ada 🌚 Waktu ambik perancang dulu (sempatlah 3 bulan pertama tu), nurse pun kata benda yang sama. Actually, Subhanallah! Ni lah kuasa Tuhan. Perancang keluarga semula jadi adalah melalui breastfeeding ♥️ Apapun kena put effort lebih if tak ambik apa apa perancang keluarga macam aku !

Aku ada jugak tanya doktor dekat Instagram ni and aku ada baca artikel the Asian Parent juga and dapatlah disimpulkan, penyusuan ibu ni dia amat berkait rapat dengan hormon prolactin yang berperanan dalam menangguhkan haid seseorang wanita that's why bila kita menyusu, hormon prolactin ni berada pada paras tinggi then menghalang kedatangan haid.



Dari bulan ke bulan aku tunggu lah bila nak period ni, takdak tanda langsung. Sampai lah aku decide nak puasa, nak ganti puasa sebulan lebih, 32 hari ! Memang takmau fikir dah, sebab nak marathon kan, bulan depan dah nak puasa. Sempatlah aku berpuasa 5 hari lepas tu tepat Neil 11 bulan 3/2/2023 aku pun period. Setelah hampir 337 hari tak period, finally Alhamdulillah. Kalau tak bulan depan nak pergi klinik untuk check rahim hehe ❤️


Alhamdulillah, so far takdek sakit senggugut ka apa ! Aku syak sebab aku kan tak makan waktu puasa tempohari tu, jadi aku tak ambik carbohydrates like nasi, roti tu penghasilan susu aku kurang, maybe ni buatkan hormon prolactin pun berkurang. Tu yg boleh period🥲

Untuk ibu yang menyusu, tak datang period waktu menyusu tu normal. Kalau ragu-ragu bolehlah dapatkan nasihat doktor. Sebelum aku end entri ni, kebetulan aku ada baca dari Facebook Page Dr Imelda Balchin in which she had outlined yang penyusuan ibu ni boleh jadi perancang keluarga sekiranya tertakluk pada tiga benda ni ja, if takdak salah satu, sila berhatu hati jika bersama 😌



Apapun, mohon doakan aku boleh ganti puasa bagi habis ! Ya Rabb panjang lagi perjalanan saya ☺️ InsyaAllah, kita jumpa lagi pada entri yang akan datang. Bye 👋🏼

Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCON💊

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) 📑

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = 🔥