MY BEAUTIFUL PREGNANCY JOURNEY (1) ❤️

" You owe them a lot. You never prayed to have them. But they may have prayed to have you. Love your parents ❤️ "



Enam bulan lepas, aku cuba untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh quote ni, tapi aku totally tak faham maksud tersirat quote ni sehinggalah tiba saat aku try to conceive (TTC) barulah aku seakan-akan faham maksud tersirat quote ni. Jadi entri kali ini, aku nak kongsikan serba sedikit pengalaman sebelum aku mengandung. Aku berharap yang kisah aku ni dapat memberi manfaat terutama sekali untuk wanita yang sedang dan masih lagi mencuba untuk mengandung.

At this time, aku masih belajar lagi. Sejujurnya aku dan suami memang decided untuk tak guna apa-apa protection pun dan kami hanya bertawakal je. Masa mula-mula nikah tu, kami dah rancang nak ada baby waktu final year but maybe my husband rasa sunyi. Lagipun kami ni long distance relationship (LDR), tak tinggal sekali pun so aku rasa ini lah antara salah satu sebab why he changed his mind. Jadi aku berfikir dan aku pun setuju then we decided to have a baby within this year.

At the first, memang susah sangat untuk TTC, hanya Tuhan yang tahu. Proses dia tak semudah yang kita sangka. Apabila kita cuba, berharap yang kita akan 'lekat' immediately tapi kita gagal and its hurt you a lot. Pengalaman aku sendiri, aku mula TTC dalam tahun 2018 dan dua ke tiga kali jugalah gagal. Dari bulan ke bulan aku berharap yang aku tak period, tapi apabila period, rasa sedih sangat. In July 2018, bulan ni aku rasa kecewa yang teramat. Aku excited at the first tu sebab period aku lambat seminggu lebih and aku bagitau dekat husband aku yang punya period lambat dan dia pun suruhlah aku buat pregnancy test and the result was negative guys. Aku rasalah kecewa sangat-sangat waktu tu. Dari saat tu, aku terus jadi negative sampai aku terfikir yang aku ni ada masalah dalaman dan tak subur. Aku pun terfikir nak cuba berikhtiar dengan cara tradisional dan moden. Sebelum kejadian July 2018 ni pun, husband aku dah pernah bawak aku jumpa bidan dekat rumah mak mertua aku, di Melaka. Aku dah memang ada masalah dekat organ peranakan which is kedudukan rahim aku senget ke sebelah kiri and that time, waktu mula-mula aku dan husband  TTC,  Alhamdulillah bidan tu dapat betulkan. Bidan pun ada pesan dekat aku, jangan naik motorsikal sangat, sebab terhentak tu menyebabkan kedudukan dia lari sikit.

So first thing yang aku cuba lepas peristiwa July 2018 tu was perubatan tradisional dan waktu ni aku dekat kampung. Memang aku ada problem lagi dekat organ peranakan. Kali ni, kedudukan rahim aku jatuh ke bawah. Alhamdulillah bidan tu dapat naikkan balik. Dia ada cakap dekat aku, kalau rahim tak 'duduk' di kedudukan yang betul sebab tu susah nak melekat. Bidan tu ada juga nasihat aku untuk cuba pergi check ovum, takut-takut ovum bengkak dan ini juga salah satu penyebab susah untuk melekat. Jadi lepas semiggu aku berfikir, aku pun cubalah ke klinik. Aku ni jenis manusia yang takut nak jumpa doktor, tapi aku fikir husband dan aku pun relakan juga dengan ikhtiar ni, mana tahu kalau ada masalah, aku boleh cegah ataupun berubat awal. Lepas doktor dah scan, memang aku ada problem lagi dekat rahim which is ovarian cyst with size 3.17 cm. Jadi doktor pun bagilah supplement garlic untuk kecutkan cyst tu dan nasihatkan aku jangan makan collagen-based, InsyaAllah akan kecut katanya. Balik je dari klinik tu, aku rasa down, kurung diri dalam bilik dan tak mahu jumpa, berkomunikasi dengan orang sekeliling. Aku tak tahu lah kenapa dan apa yang buatkan aku sedih sangat waktu tu. Then, aku pun text husband aku cerita yang aku ada cyst jadi aku minta dia jangan sebut soal anak buat masa sekarang sebab aku nak focus untuk sembuh dulu. Apabila aku dah tenang dan boleh adapt dengan keadaan aku, aku pun decided dan cakap dekat husband aku yang aku target nak pregnant dalam bulan Oktober macam tu sebab aku tak perlulah tangguh semester/study leave. He agreed !

Awal bulan September, aku jadi emosi lagi. Aku pun tak tahu kenapa aku nak merajuk sangat dengan husband aku, benda-benda kecik pun aku nak ambik hati. Dalam pertengahan bulan September tu, aku mula jadi marah-marah sebab husband aku texted  dia minta aku tengok WhatsApp which dia baru je dapat anak saudara baru, waktu tu. Aku tak tahu apa yang aku rasa dan waktu tu aku sedar yang aku emotional, felt down. Sejujurnya pada waktu tu juga, aku rasa yang aku ni memang tak subur dan susah untuk nak conceive. Allahu !  Aku kecik hati waktu tu sampai boleh gaduh dengan husband. Without thinking rationally, aku pun decided dan cakap dekat husband aku, lepas ni jangan mention soal anak lagi dan aku takmau dengar. Sakit hati ! Dia pun hormat keputusan aku. Lepas pada kejadian tu, dia dah tak mention soal anak dan cuma support aku untuk sembuh je.

Dekat universiti, aku kerap dan selalu sangat makan berbeza dengan semester sebelum-sebelum ni which is aku cuma makan berat sehari sekali. But that time, aku rasa aku kerap makan which is aku dah tambah makan berat aku kepada dua kali sehari, sehinggakan kawan aku, mula tegur yang aku kerap sangat makan semester ni. Aku pun buat don't know je lah, sebab aku expect yang aku nak period, mungkin. Sebelum mid-semester break, aku dah tak boleh bau ayam dan ikan yang aku selalu makan tu. Rasa macam busuk sangat! Even mcd, kfc dan benda yang sedap-sedap semua tak boleh bau. Waktu tu aku dah sebulan lebih tak period tapi aku memang tak expect apa-apa sebab aku ingatkan cyst tu dah makin besar jadi dia block aku punya ovum so aku pun tak period lah. Husband aku pun dah tak excited macam dulu, mungkin sebab dia takmau aku sedih dan tak berharap untuk ada baby macam sebelum ni. Nak dijadikan cerita, aku balik rumah mak mertua aku masa tu weekend. Husband aku pun bawak aku pergi dekat bidan yang pernah betulkan rahim aku yang senget waktu dulu tu. Dengan niat nak pergi tengok kedudukan rahim okay ke tak, sebab masuk semester ni aku banyak angkat benda-benda berat. Husband aku pun bagitahu bidan ni yang aku dah sebulan lebih tak period. Bidan tu cakap, kedudukan rahim elok dah dan tengok cara macam dah melekat tapi macam masih baru lagi. Dia pun ada pesan jangan suka-suka ya dan jangan pergi klinik dulu, takut-takut nanti dia terkejut dan turun. Tapi aku dan husband cuma react biasa-biasa je lah sebab takut kecewa macam dulu. Ye lah, dulu kan belum apa-apa dah excited jadi kali ni banyak bertawakal je. Beberapa minggu lepas tu, sebelum aku balik ke Langkawi, husband aku ada belikan pregnancy test untuk aku, tapi result dia invalid. Jadi, kami dah tak berharap cuma tunggu keputusan scan cyst nanti je.


Waktu cuti pertengahan semester, aku balik ke Langkawi. Kebetulan waktu tu, cukuplah dua bulan lebih untuk aku follow-up cyst dengan doktor. Masa follow-up tu, aku ada bagitau doktor yang aku tak period dah dekat dua bulan lebih, risau kalau-kalau cyst tu yang penyebab aku tak period. Then, doktor tu mintak aku baring sebab nak scan. Letak-letak je alat tu, terus nampak baby kecil dalam kantung. Comel sangat ya Allah ! Doktor tu cakap dekat aku, 'Atirah, dah ada baby ni.' Waktu tu sebak, tak tahu nak ungkapkan apa. Alhamdulillah cyst pun dan mula mengecut. Doktor ada bagi aku vitamin tambahan untuk si baby kecil ni. Lepas je balik dari klinik tu, aku terus chat suami aku, attached gambar scan baby junior. Alhamdulillah, he was so excited sampai bagitahu mak mertua semua ! hahaha. Sampai sekarang ni, aku rasa macam tak percaya. Aku rasa bersyukur dan bertuah sangat. Walaupun aku ada cyst, dengan kuasa Allah aku boleh mengandung macam wanita-wanita lain. Allah juga telah pinjamkan aku, rahim untuk satukan benih kami. Alhamdulillah ya Allah.


Alhamdulillah ya Allah 😭


Aku noktahkan kisah ni dekat sini dulunya, InsyaAllah lepas ni aku akan sambung bercerita pengalaman semasa dan selepas  mengandung pula. Mungkin kisah aku tak mencabar sangat macam orang dah cuba bertahun-tahun tapi apa yang aku nak highlightkan dekat sini, aku banyak belajar dari kisah ini which is we need to believe that Allah akan makbulkan doa kita dan dia akan bagi apa yang kita minta tu, tepat pada waktunya.

"What is meant for you, will reach you even if it is beneath two mountains. What isn't meant for you, won't reach you even if it is between your two lips". 
Pss// Bagi wanita-wanita di luar sana yang masih mencuba, teruskan ya jangan berputus asa. Selagi kita ada rahim, InsyaAllah kita akan dapat rasa nikmat mengandung. Allah tengok usaha kita, jangan berhenti berusaha, berdoa dan bertawakal. Kalau tak di dunia kita mengandung, InsyaAllah dekat syurga nanti Allah izinkan kita mengandung. See you beautiful ! ❤️

Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCON💊

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) 📑

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = 🔥