NOAH'S FIRST FLIGHT ✈️

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Moga Allah senantiasa mempermudahkan urusan kita semua 🤲🏻

Harini dah genap sebulan Noah naik kapal terbang. Ingatkan nak terus update bila dah landing. Malangnya, terkubur hasrat ini sebab busy memanjang sampai lah sekarang. Jadi, InsyaAllah entri kali ni, aku nak ceritakan sedikit pengalaman sepanjang penerbangan aku dan suami bersama Noah 🌼


  • Destination :  LGK ✈️ KLIA2
  • Boarding : 0655
  • Pax : 2 + 1


Sebelum ni, Noah dah tiga kali naik kapal terbang🤭 tapi waktu tu dia masih dalam kandungan lah. Rezeki baby Noah ni tersangatlah murah, Alhamdulillah ya Rabb ! Seawal dua bulan lebih dalam kandungan dah merasa naik kapal terbang. Last baby Noah naik kapal terbang sewaktu dia dalam perut pada usia kandungan lima bulan lebih macamtu lah.

Dulu, masa dalam perut senanglah nak handle, cuma usap-usap je. Tapi, it is too difficult nak handle baby Noah yang sudah pun berada di alam dunia ni.

Before Flight
Plan asalnya, aku dan suami nak bawa baby Noah balik ke kampung, Melaka ikut jalan darat je. Tapi suami aku baru dapat kerja, jadi cuti dia pun tak banyak.😌 Then, suami aku decide nak bawa Noah balik ke kampung naik kapal terbang je.

Sebenarnya aku takut nak bawa Noah naik kapal terbang sebab sebelum ni kan ada kes kematian bayi dalam penerbangan tu. It scared me a lot! 😩Lagipun waktu tu, Noah kecil lagi baru nak masuk tiga bulan macam tu.

Then, aku pun buatlah research tentang selamatkah bayi bawah enam bulan menaiki kapal terbang? Alhamdulillah, semua research yang aku buat menunjukkan result yang positif. Ada yang masih dalam pantang dah naik flight dengan izin Allah, Alhamdulillah selamat sampai. Jadi adalah sikit keberaniaan tu nak bawak Noah naik kapal terbang.

Menurut artikel yang aku baca, there is no limit age for baby untuk naik flight. But, ada beberapa langkah keselamatan yang kita perlu ambil apabila nak bawa baby menaiki flight. Antaranya ialah:

✈️ Sebelum penerbangan, sila pastikan baby anda sihat. Kalau ada abnormal pada pernafasannya sebelum penerbangan, sila dapatkan nasihat dari doktor, whether it is fine to continue your journey or not.

✈️ During departure dan arrival, berikan susu kepada bayi untuk mengurangkan tekanan pada telinga. Sebab itulah salah satu cara untuk bayi menelan air liur dia. Kita yang tua ni pun, berasa sakit telinga. Apa lagi si bayi yang fragile tu bukan ?

✈️ Pakaikan penutup telinga untuk bayi.
* Aku ada beli, tapi tak pakaikan dekat Noah pun*

✈️ Pastikan keperluan baby tersedia dalam satu bagasi. Especially susu, thermos, air suam, pampers, baju, baby wipes, minyak angin dan sebagainya.

27/8/2019

⌚0345
Today is Noah's first flight ever. Aku dah tak boleh tidur, tidur-tidur ayam je tepi buaian Noah. Aku memang macam ni kalau nak pergi mana-mana, aku takkan nyenyak tidur. Dah tak boleh tidur tu, aku pun kemaslah barang yang mana patut.

⌚0500
Waktu ni, aku tengah tolong mak aku siapkan sarapan. Lepas je sarapan siap, aku terus mandi dan siap-siap. Then, barulah aku sarapan dan solat.

⌚0630
Dalam pukul 6 lebih macam tu, kami dah sampai airport. Waktu ni paling sebak! Yelah tengok mak aku berpisah dengan cucu dia. Aku pun terasa nak menangis sebab dah lama duduk dengan mak. Nak berpisah tu rasa sayu sangat. 😭

⌚0640
Waktu ni husband tengah beratur untuk nak check in luggage, aku risau gila. Rasa dah lewat sangat ni but suami tak check in-check in luggage lagi. 😥

Waktu ni Alhamdulillah Noah behave 🌼
Sayang anak ibu🌼

Then, masuk je gate orang dah start boarding. Alhamdulillah, semuanya smooth so far dan kami sempat! 😍

Noah's boarding pass ever🌼

⌚0715
Waktu nak letak bagasi tu, teringat lagi ada seorang hamba Allah, dia duduk dekat seat sebelah suami aku, dia ni tolong kami letak beg sebab dia tengok kami tengah uruskan baby. Dia ni beragama Islam dan berkulit hitam. May Allah grant you ease in your life brother 🤲🏻

Dalam flight, aku dah macam kucing nak beranak, gelisah gila. Risau kot Noah tak selesa atau merengek-merengek. Waktu tu aku cakap dekat suami aku, kenapa lah flight ni tak depart depart lagi? Kalau Noah mengomel nak susu sekarang, nanti waktu depart tak nak minum susu macam mana? Suami aku cakap, sabar InsyaAllah okay.

Then, waktu kapal terbang on the way ke lane dia, waktu tu Noah nak susu. Alhamdulillah waktu departure pun dia masih minum susu. Okay dalam hati aku lepas dah satu fasa 😌

Semasa penerbangan ni, ada lelaki ni duduk depan suami aku, masa tu suami aku tengah pegang Noah. Then, hamba Allah yang duduk tepi kami ni cakap dekat lelaki tu, mungkin kawan di kot. Dia kat jangan sebab ada baby. Dia cakap bahasa Arab dgn kawan dia tu. Dia juga nak pergi cari tempat kosong untuk keselesaan kami (padahal kami okay je, lagipun noah bukan boleh duduk sendiri lagi atas kerusi), tapi cabin crew tak bagi ubah tempat. Kesian dia. May Allah grant you ease brothers 🤲🏻

Fasa yang kedua; sewaktu dalam penerbangan. Noah dah start merengek dah, aku dah mula risau. Aku rasa dia mula rasa sakit telinga dek tekanan udara tu, mungkin! Bila suap je botol susu dekat mulut dia, dia terus hisap tak henti-henti. Mungkin bila dia hisap tu dia rasa tak sakit sangat telinga dia tu. Then, dia okay sikitlah. Pandai jugak si Noah ni.

Tak lama kemudian, dia dah mula merengek, makin lama makin kuat. Jadi, aku dengan suami bergilir-gilir pegang dia, pujuk dia. Siap dodoikan Noah atas paha, kasi dia rasa terbuai-buai macam dalam buaian. Then, ayah Noah siap agah dia lagi dengan bantal kegemaran dia. Alhamdulillah, dia ada gelak gelak jugak.

Lebih kurang macam ni lah bantal kegemaran baby Noah🌼
Suka sungguh dengan si bunny pilot tu 🐰✈️

Waktu dah nak dekat-dekat depart tu, mata dia dah ralit nak tidur. Rupanya dia merengek-rengek tu dia nak tidur. Mana taknya, malam sebelum penerbangan tu dia bangun awal jugaklah.

Sikit je lagi nak depart, waktu tu captain cakap lagi 10 minutes kita akan landing, tengok-tengok Noah dah ketiduran atas pangkuan ayah dia. Anak ayah kan? Lepas dah fasa ketiga, Alhamdulillah😌

Waktu nak ambik bagasi tu, again! Hamba Allah tu tolong kami turunkan beg kami. Dia ucapkan tahniah untuk kami berdua then dia tanya nama Noah ni apa? Suami aku jawab, Noah Ramadhan, kawan dia cakap Noah hensem. Apapun, terima kasih untuk hamba Allah yang baik hati macam dia tu. May Allah grant you ease🤲🏻

Kesian dekat anak ibu, mengantuk dan penat berjalan jauh.
 Sukalah tu dapat peluk dengan ayah🌼

Dah sampai tu, keluar sikit dari kapal terbang eh eh, si Noah dah jaga. Apapun, Alhamdulillah ya Rabb, Engkau mudahkan segala urusan kami hari tu, Engkau juga hadirkan orang yang ikhlas bantu kami dan orang yang bertimbang rasa. Alhamdulillah, Noah selamat sampai dan tak menangis meronta-ronta macam anak orang lain. 😍😭 Cumanya, merengek sikit je. Biasalah tu dia rasa tak selesa kan?

Jadi sampai sini sajalah entri aku pada kali ini. Apapun bagi uols yang nak bawa baby sewaktu penerbangan sila pastikan anda alert dengan langkah keselamatan tu ya? Assalamualaikum dan bye 👋🏻

Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCON💊

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) 📑

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = 🔥