PETUA MERAWAT CACING (2)

Assalamualikum dan salam sejahtera
Moga Allah senantiasa mempermudahkan urusan kita 🌸

Hari ini merupakan tahun lompat, 29/2/2020. Memandangkan hari ini macam special sikit, aku nak kongsikan sedikit petua dari ibunda 😍

Entri lepas aku ada kongsikan tips untuk merawat kecacingan dimana waktu tu Noah masih newborn. InsyaAllah, pada entri kali ini aku akan kongsikan petua dari mak aku untuk merawat kecacingan version 2; case kecacingan yang teruk membuatkan bayi muntah, hilang selera makan, sembelit even cirit birit dan juga kembung perut. Memandangkan kami berketurunan Malay-Burmese, jadi cara kami merawat kecacingan ni pun sedikit berbeza.

Ni rupa Noah Ramadhan yang telah diurap oleh tok dia hihi 😁

Teknik merawat cacing orang Melayu-Burma ni lain sikit, dimana kami panggil teknik ini sebagai urap; u.rap] | اورڤ. Tapi orang Melayu-Burma pronouce sebagai o.rap.

Bagi sesiapa yang taktahu urap tu apa, bolehlah rujuk kamus dewan. Melayu-Burma pun cakap melayu ye guys. Cuma cara sebutan, pronoucation tu yg lain 🤣

Jadi bahan-bahan yang diperlukan untuk urap ni adalah :-

🔸Bawang putih


🔸Tembakau


🔸Ingu atau dikenali sebagai asafoetida.

🌱 Asafoetida ialah sejenis tumbuhan yg berbau busuk dan rasanya pahit.

🌱Asafoetida ini kebanyakan digunakan untuk merawat IBS atau Irritable Bowel Syndrome yang berkaitan dengan cirit birit, sembelit dan sebagainnya.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Asafoetida


🔸Air


Cara penyediaannya :-

1) Rendam ingu (asafoetida) dalam sedikit air sehingga kembang
2) Bakar bawang putih dan tembakau sehingga jadi arang.
3) Campurkan ingu yang direndam tadi dan bawang putih, tembakau yg dibakar tadi serta ditambahkan sedikit air.


4) Kemudian kacau sehingga sebati.
Kata mak, kalau ada sireh pinang boleh lah ambik air yg dikunyah tu tambah dalam campuran ni. Orang dulu-dulu letak curut dalam campuran ini.



Cara urapan/sapuan :-

1) Selawat, minta Allah menyembuhkan segala penyakit.

2) Kemudian, urapkan/sapukan bahan campuran tadi pada:-

🔸Ubun-ubun
🔸Sekeliling leher
🔸Dada
🔸Perut dan ari-ari
🔸Sepanjang tulang belakang.

Sekian sahaja perkongsian aku kali ini, moga bermanfaat untuk semua. Aameen.
Kalau ada sebarang pertanyaan bolehlah komen dekat bawah ni yer. 😁

Comments

  1. Mcm mama nk tau if cacing tu betul betul dh takdak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak kata 100% clear tu rasanya tak, sebab budak budak kecik kan suka main tanah etc. But, salah satu cara kita boleh tau dia okay, kalau lepas kita urap, atau bagi mandi dgn air jolok cacing/daun nona selera dia bertambah. Wallahu a'lam😁

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

HI ORALCON💊

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) 📑

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = 🔥