2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 1) πŸ‘ΆπŸ»

Assalamulaikum dan salam sejahtera
Moga Tuhan sentiasa memberikan kita nikmat kesihatan aameen πŸ’•

InsyaAllah entri kali ini aku nak kongsikan sedikit sebanyak perjalanan kandungan aku yang kedua πŸ‘ΆπŸ» Alhamdulillah atas segala nikmat dan rezeki dari Allah 🀲🏼 Alhamdulillah juga atas segala ujian yang menyedarkan dan mendekatkan kita dengan Allah.

17/8/2021 @ 1100|Klinik Umi
Lepas dapat tahu pregnant pada 18/7 tu, sebulan kemudian aku pun pergilah scan untuk kali kedua di Klinik Umi as usual πŸ₯° Happy dapat tengok kamu sayang, dah besar dah; 9 weeks old❤️ Then, terus pergi booking dekat Klinik Desa Ulu Melaka (KDUM) and nurse tu suruh aku mai balik 1/9/2021.


1/9/2021 @ 14:00|KDUM
Ini merupakan lawatan aku yg pertama ke KDUM (for this baby lah, sebelum nah dah pernah pergi waktu mengandungkan Noah). Aku sampai awal jugak sebelum pukul 2, lepas tu tunggu ler nurse yg akan entertain aku tu dulu. Bila nurse dah sampai, aku kena kencing alhamdulillah result negative πŸ₯° Next, aku kena timbang berat. Sumpah berat weh 64.5kg waktu trimester pertama ni πŸ˜‚ Next trimester aku taktaulah macam mana.

Then masuk ler bilik untuk tengok hb, masa mula-mula ambik darah kat hujung jari hb aku 0.98 weh, nurse tu terkejut beruk ! Pastu tukar jari still~ sama jugak ! Last nurse ambik dekat lengan aku phew naik sikit 10.9 macamtu, tetiba mesin dia gelong teruk ! Ambik sekali lagi dapat ler 12.7 bacaan hb aku lega ya Allah 🀲🏼 Next, ukur ketinggian, nurse tu tanya aku sebelum ni berapa tinggi aku cakap 150cm, dia kata ye betul (jangan gelak guys, memang rendah weh) πŸ˜‚

Kemudian, nurse tu pun panggil lah masuk bilik dia untuk nak tanya biodata, check payudara, buat ujian kesihatan mental and bagi penerangan sikit tentang kehamilan. Alhamdulillah waktu ni aku tak berisiko dapatlah sticker putih, tapi Nurse pesan kalau lekat kencing manis ka kena tukar nah sticker (redho je lah). Then, nurse bagi tarikh dekat aku i.e. 2/9/2021 pergi dgn husband untuk buat HIV test, Hepatitis B, FBC and Kumpulan Darah. Nurse jugak bagi tarikh jumpak doktor on 7/9/2021 @ 0800 

Pss// Kak Iena Misi/Nurse yang entertain aku ni sangat baik. Alhamdulillah rezeki ❤️


2/9/2021 @ 0800|KKAH
Alhamdulillah waktu ni result aku dan suami semua negative for HIV + Hepatitis B. Tapi, bila dapat result FBC aku pun cakap dalam hati R.I.P lah, mesti kena ceramah kaw kaw punya dengan doktor mahupun nurse.

6/9/2021@ 1247
Kak Iena call aku untuk tanya aku okay dak kalau 8/9/2021 ni pergi vaksin covid. Aku on ja waktu ni. Mana taknya, risau pelancong nak masuk and sekurang kurangnya kita berusaha untuk mencegah dengan ikhtiar vaksin. Mudah-mudahan ! 

7/9/2021 @ 1000|KKAH
Okay, bila nak jumpak doktor ni macam macam ler kena buat. Kena kencing, timbang berat, ambik tekanan darah + nadi. Then barulah boleh jumpak doktor. Actually aku jumpak doktor just ntuk scan kandungan aku. Sebelum direct jumpak doktor, nurse suruh aku check gigi dulu~ Doktor gigi kata dekat aku, gigi semua okay just ada sedikit karang gigi and offer aku ntuk buat scaling ! Aku pun okay je so appointment dengan klinik gigi on 30/9/2021 @ 1400.

Waktu masuk bilik doktor, doktor tanyalah biodata etc. Bila tengok dekat hb tu, dia cakap dekat aku hb ni agak rendah sepatutnya 11 and above ! So dia prescribe aku untuk tambah dos iberet dari sebiji ke dua biji and kena repeat FBC within two weeks time i.e. on 21/9/2021 @ 0800, plus sekali dengan minum air gula. Then, doktor mintak nak scan kandungan. Bila doktor ukur, baby aku besar seminggu dari kandungan. Doktor cakap, still okay lagi kalau due date seminggu awal. Aku pun lega lah hehe. Dalam medical note tu, doktor suspect aku GDM (kencing manis ketika hamil) + Anemia. Redha je 😒

8/9/2021 @ 0800|Kompleks Sukan Kuah,Langkawi
Harini hari vaksin aku, alhamdulillah aku siap awal πŸ˜‚ disebabkan husband kerja, aku mintak adik aku tolong drivekan. Selit sikit gambar selfie sok happy dapat vaksin gitew ~

Lepas sampai je dekat pusat vaksin tu, semua mudah dan cepat alhamdulillah ! Rasa tak sampai sejam semua dah settle πŸ₯° PPV dekat Kompleks Sukan memang tiptop dan sangatlah teratur + cepat sangat sangat. Masa cucuk tu tak rasa sakit sangat, lepas rehat 15 minit tu mang rasa denyut ya Allah. Balik rumah dalam tengah haritu memang mood ke laut sungguh sakit tempat cucuk ! Malam tu nak tido pun seksa ya Allah 😭 Tapi keesokan harinya tu dah tak rasa sangat, alhamdulillah. Hari ketiga, dah okay boleh buat kerja macam biasa. Yang paling aku bersyukur, aku tak demam dan ada side effect yg teruk ! Alhamdulillah ❤️



21/9/2021 @ 0800|KKAH
Harini aku pergi sendiri ke KKAH untuk repeat FBC + minum air gula. Alhamdulillah sampai awal dan tak lama sangat menunggu. Waktu ni aku ketaq nak mampoih, macam macam aku pikiaq.

Lepas ambik darah tu terus hantar ke makmal and then misi bagi air gula suruh aku minum. Aku pun prepare lah straw sebab takut termuntah sewaktu minum air gula tu. Alhamdulillah, okay waktu minum air gula tu takdak loya langsung. Lepas result FBC tu keluar, first sekali mata aku melilau cari hb, ya Allah maintain 10.7 matilah aku ! 

Lepas dah settle minum air gula tu, aku bagilah cawan balik, misi tu kata mana result hb kamu, saya nak tengok. Hb kamu 10.7 ni kamu pi kat kaunter tu, kata nak jumpak doktor. Aku pun p lah dekat kaunter tu, kata nak jumpak doktor sebab misi tu kata hb saya rendah. Guess what, misi tu dengan muka garang, macam haram (sorry aku mang sedeh part ni, sendu aku dia cakap macam tu tanpa check betui betui) ~ dia kata kamu nak jumpak doktor buat apa, hb kamu 12.7. Aku kata, tu yg KDUM ni yg makmal sambil tunjuk dekat kertas doktor. Pastu dia macam marah weh, dia tick pastu cakap dekat aku p kencing !

Aku pun p lah bagi kertas kat makmal ambik cawan ntuk kencing, alhamdulillah negative and then timbang berat ambik tekanan darah and nadi pastu pergi bilik doktor. Doktor tanya aku, ada demam ke, aku cakap tak demam. Pastu, doktor tanya lagi ada kudis ke, aku cakap takdak. Next question, dia tanya ada keputihan ke. Aku cakap ada, sebelum ni banyak tapi sekarang dah berkurang. Pastu dia tanya gatal tak, aku cakap kalau pakai pantyliner tu gatal lah kalau buang tak gatal. Dia macam pelik, pastu nada cam nak marah aku, kalau keputihan saja gatal tak, aku cakap tak ! 

Actually aku mana tau nak rasa apa, sebab sebelum ni keputihan memang ada tapi biasa je lah bagi aku. Entah ler nak ! Dia cakap dekat aku salah satu hb kamu tak naik ni sebab kamu ada jangkitan tak boleh trace dekat mana mana. Pastu, dia terus call makmal, nak buat ujian dekat air kencing aku then suruh aku ambik result. Lepas aku bagi result dekat doktor tu dia terus nak ambik sampel dekat pangkal rahim aku atau dengan kata lagi HVS test. Then aku pun kangkang ler depan doktor tu, doktor cakap ada merah merah and banyak keputihan dia pun prescribe aku ubat yang masukkan dalam vagina ntuk jangkitan kulat and suruh aku hantar ke makmal sampel keputihan tu nak tau jenis apa.

Ubat ni kena insert dalam vagina, sebelum tu kena kencing, berak siap siap.
Lepas masukkan dalam vagina (maake sure tangan bersih) then tidur
.


Selepas sejam tunggu, akhirnya aku pun ambiklah darah lagi dua jam lepas minum air gula. Then, aku pun balik. Sumpah, atas moto fikiran melayang teruk terfikir apa lah nasib aku kalau jadi apa apa kat pangkal rahim, lost teruk ya Allah 😭 Tak cukup dengan tu, petang tu aku dok tunggu panggilan klinik kot lekat kencing manis takdak lah pulak ! Aku ingatkan takdak apa dah, tengok dalam pukul 4.30 petang gitu, nurse seru nama aku~

Sumpah keluar jugak air mata aku ni sebab lekat kencing manis
 dengan jangkitan kulat tu tak settle lagi😭 Rasa lost teruk.

Aku rasa down nak mati weh. Tapi aku pun takmau lah lekat kencing manis ni sampai bila-bila and effect baby aku. So aku pun cari pemyelesaian i.e. dengan tanya senior aku kak Shafikah Azizan sebab dia pun dapat gdm waktu pregnant and thanks to her, dia nasihat aku suruh jaga makan and so on. Then, aku start cari diet untuk GDM and here we go aku dah start and disiplinkan diri ntuk jaga makan. Ya Allah mudahkan lah urusan. Hampa yg baca ni doakan lah aku nah. Nak bagi kata-kata semangat sangat sangat dialukan πŸ₯°

Sekian saja entri aku kalini, dan dengan ini berakhirlah trimester yang petama untuk kandungan aku kalini. Panjang umur, murah rezeki insyaAllah aku akan sambung cerita untuk 2nd and 3rd Trimester pulak yer dan InsyaAllah aku akan terus jaga makan semampu yg boleh. Let's say, kalau bacaan BSP aku okay, aku akan share dengan hampa tau? Take care semua πŸ‘‹πŸΌ

Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCONπŸ’Š

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) πŸ“‘

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = πŸ”₯