2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 3) | GDM ON UBAT & INSULIN 💊💉

Assalamualaikum dan salam sejahtera !
Moga Tuhan sentiasa memberi nikmat kesihatan kepada kita semua 🤲🏼

Entri kalini, aku nak kongsi sambungan dari entri yang lepas in which doktor suruh aku admit hospital sebab nak on insulin tu (dulu taknak sangat insulin, nak jaga diet bagai, maaf ler dah cuba tapi still tak boleh go gula dalam darah pre breakfast selalu problem) ! InsyaAllah aku nak sambung kongsikan sedikit pengalaman aku dengan hampa semua.

Bila dah siap packing barang tu, suami aku pun sampai rumah. Aku ingatkan nak p ngan kak aku ja, sebab lakiku kerja tapi tauke dia suruh balik sebab takut jadi apa-apa orang nak sign suami. Aku pun okay je lah ! Masa nak p tu, si Noah pun kalod lah nak ikut bagai, nasib baik dia dengar cakap tok dia yang ibu nak p cucuk satgi kita p kedai nah 🤭

Otw nak pergi hospital tu, aku bagitau lah kat laki aku nak isi minyak and nak beli ubat gigi. Lepas tu, aku pun tak makan lagi mintak lah dia belikan lunch ingat nak makan dalam wad satgi ni. Dalam pukul 1.09 petang aku sampailah hospital in which direct PAC (Dewan Bersalin) Hospital Sultanah Maliha, Langkawi 🌼 Ketaq tak sangga lah, sebab aku ni jeneh takut hospital. Masuk je dalam PAC tu, nurse suruh tunggu kejab dekat ruang menunggu. Waktu aku nak p tunggu tu aku nampak akak yg dekat Klinik Kesihatan Air Hangat tu masa buat Covid Saliva RTK tu. Pastu aku tegur lah dia, eh bukan akak ke tadi dekat ruang buat test Covid? Dia cakap ya, dia perasan aku jugak. Sumpah, waktu ni aku lega sangat ada lah kawan dalam ward ! Aku tanya dia lagi, akak insulin jugak ke? Dia cakap ye. Pastu waktu menunggu tu kami pun sembang lah pung pang pung pang. Konklusinya, kami ada masalah yg sama in which bacaan BSP waktu pagi memang takmau turun😂 

Waktu dok sembang tu ada nurse PAC datang ambik tekanan darah + nadi, tak lama kemudian depa panggil nama kami sorang-sorang masuk dalam PAC ntuk scan baby. Bila nama aku dipanggil, Alhamdulillah rezeki dapat tengok baby thru ultrasound ❤️ So comel, sebab kepala dia bulat sangat macam Abang Noah 😊 Alhamdulillah jugak baby dalam lingkungan 18-19w dan tak besar sangat. Bila dah keluar dari PAC, nurse spec mata tu pun bagi buku pink kami berdua balik then dia cakap tak admit ward and pergi farmasi nanti pharmacist akan ajar cara ntuk suntik insulin sendiri. Aku rasa alhamdulillah ya Allah tak payah admit hospital 😭 Rezeki sungguh ler mudah urusan, padahal dah nangis sepanjang balik dari KK dalam entri lepas 😁Alhamdulillah jugak, ada hikmah sungguh lambat p sana (ambik masa 1 jam 15 minit jugak) katil ward penuh, tak jadi nak admit ❤️

Dalam pukul 2.06 petang, kami pun keluar lah dari PAC and terus pergi farmasi. Sampai je farmasi, terus bagi buku pink + surat doktor dekat pharmacist tu and dia suruh tunggu sampai ubat siap dan nanti akan ada pegawai yang ajarkan cara untuk suntik insulin. Sumpah, agak lama juga tunggu, tapi rasa cam okay lah sebab boleh scroll phone alhamdulillah 🤭 Dalam pukul 3 macam tu, kami dah boleh masuk. So, sebelum pharmacist tu terangkan pasal insulin + ajarkan kami step by step dari cara nak pasang sampailah lepas cucuk apa yg perlu kami buat, kami kena isi satu form in which macam some sort of perjanjian ler yang kami akan kembalikan balik pen insulin ni lepas bersalin nanti~


Beg hitam ni ialah beg untuk letak pen insulin (yang warna hijau tu) dan yg sebelah pen insulin tu ialah insulin untuk sebelah malam memandangkan kami ni ada masalah gula dalam darah waktu pre breakfast sahaja❤️ Lepas dah sign agreement tu, so dapatlah semua benda yang aku nyatakan tadi 🌼 Then, pharmacist tu terangkan satu per satu, which are : 

1) Waktu Terbaik Penggunaan Insulin
Waktu terbaik untuk cucuk insulin ialah antara 10 hingga 11 malam and make sure suntik insulin pada waktu yg terbaik ni.

2) Kawasan Yang Sesuai Untuk Insulin
Kawasan untuk cucuk insulin ialah paha, perut, lengan dan pinggul. Dan kawasan yg seeloknya untuk cucuk insulin ialah paha dan perut + kawasan ni senang untuk kita cucuk sendiri.

Let's say, kalau kita pilih perut pastikan jaraknya dua jari dari pusat + tak boleh cucuk tempat yg sama berulang kali sebab nanti tempat cucuk tu akan jadi keras and bila keras insulin tu pun tak masuk dengan baik ! Caranya, jarakkan dua jari dari tempat cucuk sebelumnya. Pastu pharmacist tu jugak tak galakkan cucuk depan perut sebab takut kawasan tu tegang, dia galakkan cucuk dekat bahagian tepi perut 🤗 Untuk bahagian paha pulak, jaraknya ialah lima jari dari pinggan dan lima jari dari lutut so antara area ni lah yang boleh cucuk. Untuk lengan pulak, tiga jari dari atas bahu dan tiga jari dari siku. So antara area tu boleh lah suruh sesapa suntikkan !

3) Kesan Sampingan Penggunaan Insulin
Antara kesan penggunaan insulin ni, kita akan jadi hypo or nama panjang dia hypoglycemia in which a condition in which your blood sugar (glucose) level is lower than normal. Dalam erti kata lain, paras gula hang rendah dari paras gula normal dalam darah. Antara tanda tanda hypo ni, berpeluh sejuk, lapar selepas makan dan menggeletar badan. So, bantuan awal yang hampa boleh buat ialah ambik dua sudu teh gula bancuh dengan sedikit air dan minum bagi hilang hypo tu. Atau kalau jadi dekat luar, pastikan spare gula-gula dua biji dalam beg.

4) Cara Penyimpanan Insulin
🌼 Kalau insulin tu dah dibuka/digunakan, insulin tu boleh berada dalam suhu bilik.
🌼 Kalau insulin tu tak dibuka lagi, insulin tu kena letak dalam peti ais ( tak boleh letak dekat freezer + dekat pintu) sebab nak betul betul suhu peti ais.
🌼 Kalau nak p travel pastikan bawak alat-alat insulin ni dan tak boleh tinggal dalam kereta. Kalau tak bukak lagi, kena letak dalam ice box tu 🤭

5) Cara Pemasangan Insulin

1. Bukak pen insulin (macam kita bukak pen biasa tu), lepas tu pulas bahagian yang kita nak letakkan insulin.

2. Keluarkan insulin dari sealnya ( seeloknya, bahagian bontot insulin tu dulu) takut kita pegang bahagian kepala tu ada bakteria dekat tangan kita)

3. Lepas tu, masukkan insulin dalam bahagian dia pulas pen tu sampai bunyi 'tup'

4. Next step penting yang tak boleh lupa ialah goncang pen insulin tu habis kuat supaya insulin tu mix elok. Takmau kita suntik air saja nanti.

5. Lepas tu, cara pemasangan jarum dia just pusing je jarum tu dekat atas pen insulin tu. Jangan lupa buang penutup jarum yg dalam tu, penutup yang luar tu still boleh gunakan. Maksimum penggunaan jarum ni adalah tiga kali, sebab takut jarum tumpul and akan cederakan kulit kita.

6. Lepas tu setkan insulin tu ke dua unit, try tekan tengok dia keluar ke tak. Kalau keluar, pen insulin sedia untuk digunakan. Kalau tak, ulang lagi langkah ni sampai terkeluar insulin tu. Bila dah ready untuk digunakan, jangan lupa set unit yg diprescribekan oleh doktor.

7. Pastikan kita duduk tegak + jarum pun mesti tegak in which 90° okay, then sedia untuk cucuk ! 

6) Cara Pembuangan Jarum Insulin

🌼Boleh buang jarum insulin dalam bekas tertutup macam turperware + balang yg ada penutup untuk elakkan kecederaan dekat orang yg collect sampah nanti.

🌼Boleh bawak pergi dekat farmasi, nanti depa akan buangkan.

Lepas pharmacist tu dah tunjuk demo, dia mintak kami ulang balik, alhamdulillah semua pass ! So boleh ler balik. Sebelum tu dia kata on ubat macam biasa + suntik insulin antara kul 10 malam hingga 11 malam. Kiranya aku makan ubat 2 biji pagi, dua biji malam + insulin 6 unit ✅ Balik tu terus pergi ke farmasi klinik beli jarum. Jarum ni kena beli sendiri ye anak anak, cuma pen insulin + insulin jer free. Harga taklah mahal sangat, 10 jarum tu RM6 so aku ambiklah 20 jarum sebab nak guna sehari sekali je. Lepas dah settle tu terus balik. Kesian ler dekat suamiku, lama tunggu dgn tak makan lagi. Terima kasih baby, moga Allah mudahkan urusan bie dna murahkan rezeki bie ❤️ Alhamdulillah, dapat suami yg sabar + nak je teman aku kat mana-mana.

Lepas tu, terus mintak husband pergi Farmasi Teratai untuk beli test strip glucometer brand Uright sebab takut hypo ke apa. Otw balik tu nampak kedai apam balik pulak, singgah ler beli makanan manis dulu sebab dengan apa pun tak makan lagi Alhamdulillah ya Allah sedap sungguh ! Balik rumah terus makan nasik 🌼🤭

Malam sepatutnya aku cucuk insulin tu, aku mengantuk sangat-sangat. Dah kunci jam bhai ! Suami pun kejutkan, aku bangun kencing tengok jam pukul 11 malam, malas sungguh so aku lena je lah 🤭

21/10/2021 | Khamis
Malam ni aku mula on insulin, memandangkan Noah lena, aku suh suamiku teman aku suntik ! Lepas goncang-goncang pen insulin tu, pikiaq dua tiga kali nak suntik. Dok habaq kat lakiku, takutlah nak suntik. Lepas masuk jarum, aku tekan eh berinjak ke 4 unit, pastu aku pusing balik ke 6 unit (bodohnya rasa kalau gituh dah kira 8 unit), halal lah yer sebab first timer ni. Once dah masuk jarum dekat perut terus aku kata kat lakiku, bie jarum BSP lagi sakit. Terus rasa seronok nak cucuk tiap tiap hari heheh. Pagi tu, lepas bangun tu aku tunggu sampai kul 8 pagi semata mata nak check BSP. Nak tengok turun ka dak ! Lepas dah sediakan alat-alat glucometer, aku pun check, terkejut 4.6 mmol/l in which bawah 5.3 mmol/l. Seronok tak sangga Alhamdulillah 🤲🏼

22/10/2021 | Jumaat
Aku mengantuk sangat, tapi kunci jam ler sebab nak suntik ! Dalam kul 10.30 malam gitu, aku bangun suntik insulin tu pastu ya Allah, time cucuk tu tak nampak perut sebab gemok ngat-ngat, berasa sakit weh, cabut cabut tudia darah sikit hihi. Pastu ku suntik tempat lain, tak sakit and okay ! Esok tu aku check, alhamdulillah ❤️ Seronoknya rasa (dalam hati jangan nanti check kat KDUM tu naik sudah)

Dua harini rasa okay je check darah, so taknak lah check tiap hari. Nanti sebelum aku nak buat BSP lagi, aku check lagi gula dalam darah yer ❤️


25/10/2021 | Isnin
Pagi ni rasa rajin nak check bacaan gula dalam darah sebab semalam aku ada minum susu chocolate dutch lady + susu pisang dutch lady tu. Rasa sedap plus manis ! Pastu semalam aku terkencing kencing jugak. Bak kata nurse kalau kerap kencing malam, gula tinggi dalam badan. So dalam kul 7.30 pagi aku pun check, aku expect tinggi tapi alhamdulillah bawah 5.3 mmol/l.


Nanti aku akan jumpak doktor balik 2/11/2021 insyaAllah ! So 1/11/2021 aku kena repeat BSP lagi. InsyaAllah nanti apa apa pasal GDM on ubat & insulin aku akan update result dekat bawah ni in which entri ni aku buat khas untuk GDM on Insulin ~

Update Follow Up GDM on Insulin 🏥

1/11/2021 @ KDUM
Pagi ni sebelum ke klinik aku pun try ler check bacaan gula dalam darah aku dalam pukul 7.30 pagi camtu. Alhamdulillah dua kali aku buat bacaan, semua menunjukkan bawah 5.3 iaitu 4.5 & 4.6 mmol/l. Tapi aku cuak sebab aku rasa lapaq sangat (selalunya kalau lapaq ni maybe akan lepas 5.3 mmol/l).


Dalam pukul 7.50 camtu aku sampai klinik, aku orang keempat gitu. Lepas tu, Kak Iena bukak jer pintu aku pun masuk ler nak mintak buku dekat dia, terus dia suruh aku p kencing sebab harini aku pun kena buat BP + BSP. Habis jer kencing tunggu giliran, tengok Kak Iena nak check dulu bacaan BSP. Dalam result dok pending, aku ketaq tak sangga dok harap 4.* mmol/l je. Sekali kau 5.2 mmol/l phew rasa lega sikit ( tapi still pelik awat ler aku check 4.6 dalam masa setengah jam dia jadi 5.2 mmol/l ). Tapi takpalah asal jangan lebih sebab esok nak jumpak pakar dekat hospital. **Standby ler menjawab makan nasi putih + daging kurma** Balik pada KDUM, aku terus pi beli yee mee goreng + telur mata + makan cracker 3 keping + cicip sikit jer kerepek pisang 🤭 Pastu minum ler air banyak banyak bagi turun bacaan gula dalam darah.

Aku pergi untuk BSP pukul 12, dengan cuak ler makan sedap sangat pagi tadi kan?  So aku decide ntuk test lagi hihi. Result bacaan dia jeng jeng.. 5.6 mmol/l matilah nak aku dok rasa mesti dalam 6.0 mmol/l. Takpalah, pi ja lah🌼 aku p dalam 11.59 pagi tu, check bacaan alhamdulillah 4.7 mmol/l berasa macam tak produktif langsung harini. Syukur ! Balik je terus melantak Keow Teow Sup Thai + Cucur Kodok 4 biji + Apam Lenggang sebiji + Ubi Kayu Rebus 3 ketul ! Huwa menyesal tapi lapaq sungguh 😂

Kena prank dgn glucometer sendiri, padahal result 4.7 mmol/l tadi 🤭

Untuk BSP pukul 6 petang ni, aku saja lah try check sebab test makan carbo yg agak banyak kan, test test tudia weh 6.1 mmol/l. Lebih dari sepatutnya. Aku terus masak + non stop gerak-gerak. Aku pun tak berhenti lah minum air bagi banyak cuak ya Allah ! Tak puas hati aku test lagi 4.7 mmol/l. Rasa macam dah okay ni ! Terus pergi klinik, check alhamdulillah 4.5 bacaan ntuk petang ni 🤭



Balik je dari klinik terus makan, and menu dinner aku is jeng jeng.. nasi perang, timun, bendi rebus + ikan temenung rebus + air asam so nyummy. Aku berhenti makan sebelum pukul 7 ! Lepas makan tu aku gerak sikit, pergi bersihkan reban arnab (reban ke orang panggil haha). Pastu, sapu sampah + siram pokok bunga sama.

 

Sebelum pi BSP tu, aku check ler sendiri bacaan gula tu. Jeng jeng ~



Waktu p ambik bacaan BSP pukul 9.30 tu, alhamdulillah result bacaan aku okay, 5.5 mmol/l. Ya Allah, syukur sangat harini ! Alhamdulillah ya Rabb ♥️ Kalau result cenggini berasa okay sikit nak jumpak doktor/pakar. Ketidak taktau nak menjawab apa 😂

2/11/2021 @ HOSPITAL SULTANAH MALIHA
Appointment aku pukul 2 petang, jadinya pergilah awal sikit. Bukan taktau kalau jumpak pakar ni kena tunggu beratus tahun 😂 Aku sampai pun dah 2.05 petang. Masuk tu terus weh jadi blur taktau nak buat apa weh. Teringatlah nak whatsapp Akak Wadah. Nasib ler ada Kak Wadah tidak jadi patung aku duduk sini 😂

Actually sampai je klinik pakar, Hospital Sultanah Maliha ni kena pergi letak buku pink + kad yang hospital kasi tu dalam bakul kaunter B bahagian gynaecologist tu. Then ambik strip pergi kencing, lepas tu tunjuk dekat nurse situ. Pastu kena tunggu dekat luar sat sampai depa panggil nama 😂 Orang ramai sumpah tak bohong !

Lepas tu, nurse panggil nama aku sumpah cuak nak mampos rasa tak boleh bernafas, lemas orang ramai. Nurse timbang berat aku 66.95 kg weh ! Mendadak gile naik 😂 Pastu dia check tekanan darah aku ya Alloh berdebar teruk bacaan sampai naik 137 kalau tak silap. Then, nurse tu bagi nombor dia suruh tunggu kejab depa akan panggil nombor ikut giliran 🌼


Hampir sejam juga menunggu, barulah nombor aku dipanggil ! Masuk je bilik doktor, doktor tanya ler sihat ke harini. Alhamdulillah, sihat doktor ! Doktor tak tanya banyak pun, dia just suruh naik baring nak check baby. Lepas tu mesin dia tu loading yakmat ! Dia tanya ler aku anak sekarang berapa tahun, bersalin cukup bulan ke dulu, normal ke, sakit sendiri atau induce. Aku jawab yang anak dah dua tahun empat bulan + bersalin 37 weeks + normal + sakit sendiri. Waktu tu aku cakap le kat doktor, yg doktor KK kata placenta aku low lying. Doktor tu cakap, okay jom kita scan. Alhamdulillah, doktor cakap uri aku dah makin menaik dan tak tutup laluan 😚 Lepas tu, doktor tunjuk kepala baby, abdomen and tulang paha. Alhamdulillah semua tally ngan weeks. Aku tanya lagi sal jantina, doktor kata saya pun tak nampak jelas mungkin awal lagi. So okay je lah alhamdulillah ! Soalan last aku, aku tanya doktor takpa ka if bacaan pagi aku tu 5.2 mmol/l. Dia cakap takdak masalah, as long as tak lebih 5.3 ! Syukur ya Rabb ! Lepas je habis doktor suh pergi ke kaunter first tadi ambik tarikh appointment lagi 4 minggu. So aku pun tunggu ler dekat 20 minit jugak baru dapat tarikh i.e. 1/12/2021 and kena ulang BSP dekat KDUM macam biasa 🌼❤️

So sampai sini je lah aku bercerita dulu i.e. rutin aku yang gdm on ubat and insulin in which buat je BSP mesti keesokan tu doktor/pakar akan review sampailah aku bersalin ! InsyaAllah, 15/11/2021 ni aku akan repeat BSP and will be reviewed again 16/11/2021 by Doktor Klinik Kesihatan Air Hangat. Aku akan post setakat ni dulu and will update dalam entri ni jugak insyaAllah panjang umur sampailah bersalin nanti ! Maybe this entry akan jadi entri yang terpanjang dalam blog aku hihiks 😁

Update Repeat & Review BSP 

15/11/2021 @ KDUM
So harini aku kena repeat balik BSP aku, tapi aku susah hati sungguh ler sebab kadang kadang aku on off ubat + insulin. Insulin ni aku tak konsisten sebab aku suka tido awal ! Tambah pulak dgn dok makan nasi putih, memang meninta lah ! Pagi tu aku p check bacaan gula pre breakfast, mencanak kau 5.9 mmol/l ! Yang selebihnya semua okay je bacaan gula dalam darah haritu. Mana taknya, kena lah p jumpak doktor esoknya dekat Klinik Kesihatan Ayer Hangat !


16/11/2021 @ KKAH
Aku susah hati betui pagi ni taktau nak cakap apa dekat doktor. Ya Allah ! Macam biasalah flow klinik ni, bagi buku tunggu giliran masuk pendaftaran lepas tu pergi check air kencing, tekanan darah dan timbang berat ! Then terus pergi bilik doktor. Masuk je dalam bilik doktor kena doktor perempuan. Aku ketaq dah la sebab takut kena marah. Pastu doktor tu tanya ada tinggal ubat ke? Aku pun jujur je lah, aku kata ubat takdak masalah. Masalah saya, insulin sebab saya tido awal sebelum kul 10 then kalau set alarm pun tak bangun. Jadinya doktor tu kata dekat aku, kalau camtu kamu suntik je sebelum pukul 9,saya naikkan dosage kamu dari 6 unit ke 8 unit ye? Aku iyakan saja. Alhamdulillah, tak kena marah ! Doktor suruh repeat BSP minggu depan pulak !


22/11/2021 @ KDUM
Selepas aku serik, dalam seminggu tu aku on ubat + insulin dengan konsistennya ! Pagi ni check check still tinggi in which 5.5 mmol/l. Okay lah tu turun jugak kan dari minggu lepas. Bacaan gula dalam darah selepas pre breakfast tu alhamdulillah okay je, aku makan macam biasa dan banyakkan bergerak. Dup dap jugak jantung ni nak p jumpak doktor esok huwa 😢


23/11/2021 @ KKAH
Aku ni taktau lah berapa kali dah ulang p klinik sampai misi hat jaga kaunter depan tu kata, Atirah BSP tak okay lagi ka? Oo ada merah ! Pastu dia bagi aku masuk dalam klinik.  Macam biasalah flow klinik ni, bagi buku tunggu giliran masuk pendaftaran lepas tu pergi check air kencing, tekanan darah dan timbang berat ! Then terus pergi bilik doktor. Pastu, masuk ja bilik doktor, doktor tanya aku, kamu tak suntik lagi ke? Aku kata saya suntik + on ubat macam biasa. Pastu doktor tu kata, gula kamu masih tinggi. Saya tambah lagi dos kamu ye, jadi 10 unit. Aku iyakan je. Waktu dia nak bagi tarikh repeat BSP, aku terus kata yg aku kena repeat 30/11/2021, jumpa pakar 1/12/2021. Mana taknya weh ! Penat oo nak ulang 4 kali p klinik tu. Pastu, doktor tu kata kalau camtu awak buat terus lah 30/11/2021 ! Lega aku~

30/11/2021 @ KDUM
Sehari sebelum tu, aku memang makan guna beras perang ja semua, plus konsisten teruk on ubat plus insulin ! Pagi ni dgn nak terkecing aku mintak dekat nurse nak kencing kot ler gula turun lagi, nurse mintak buat BSP dulu. Masa ni cuak teruk hanya Allah saja yang tahu. Aku tak dengar berapa bacaan aku yang penting pen hitam lega dah, so bolehlah aku kencing dengan tenangnya ~ Bacaan gula lepas tu Alhamdulillah semuanya okay saja ~ Tenang sikit aku nak jumpak doktor esok ni hehe

1/12/2021 @ HOSPITAL SULTANAH MALIHA
Pagi ni hujan sampai tak sangga ! Aku p hospital dgn husband aku sebab dia tak bagi aku p sorang katanya ~ Masuk je klinik pakar tu, letak buku dekat kaunter B then ambik strip air kencing p kencing dulu ! Then kena tunjuk dekat nurse dan tunggu kat luar in which nurse akan panggil nama kita dengan mikrofon ! Once nurse panggil, kena pergi ambik tekanan darah + berat pastu nurse kasik number kena tunggu luar. Then, bila nombor kita dipanggil terus masuk bilik doktor.

4311, bilik 8 ~ Dengar je nombor kena panggil terus aku p. Masuk je bilik 8 tu, doktor cina lelaki suruh aku letak beg naik atas katil terus. Dia tanya aku, baby ada gerak gerak ke? Aku kata ada ! Dia cakap bagus ~ Pastu, dia nak scan aku, masa dia scan tu aku tanya lah baby saya okay ke, besar tak? sebab berat saya naik. Dia cakap baby okay je ikut week, uri pun okay tak bawah sangat ~ dengar doktor ni cakap gitu lega lah hati saya Alhamdulillah ! Doktor ni pesan dekat aku, teruskan jaga gula ye puan, setengah ibu buku je cantik, tapi gula tinggi dalam darah, datang check jantung baby, baby dah takdak. Bila dengaq tu takut sunguh, nauzubillahi min zalik ~ Pastu doktor tambah insulin + ubat aku and jumpak balik insyaAllah 29/12/2021.

28/12/2021 @ KDUM
Mengenang nasib semalam, menyesal pun tak guna dah sebab mulut ni sedap ja makan pulut hitam dan nasi putih. Apa yang aku boleh buat, minum air masak banyak banyak, makan ubat doktor and cucuk insulin je lah (plus minum lemon perah limau kasturi + minum air akaq ubat jugak). Sebelum aku p check tu, aku check sendiri dekat rumah in which bacaan paras gula dalam darah aku 4.3 macam tu ja. Pergi klinik kena confirm kena scam, dok kata dalam hati. Sekali p betui ya Allah. Bacaan jadi 5.2, apapun alhamdulillah ya Allah tak lepas 5.3 tu. Untuk bacaan paras gula dalam darah waktu lepas breakfast, lunch ngan dinner takpa aku tak berapa susah hati sangat 😅 Balik ja pada klinik 9.30 malam tu, boleh lah aku tido dengan nyenyak sebab tak payah fikir nak menjawab apa dengan doktor esok !

Ni lah kejadian sebelum kena scam dengan glucometer KDUM


29/12/2021 @ HOSPITAL SULATANAH MALIHA
Sampai je klinik pakar, terus aku p letak buku then ambik strip untuk kencing ! Habis je kencing terus aku pergi bagi strip kat nurse untuk check negative ke positive. Tetiba nurse tu kata, kamu darah tinggi ke? Cuak aku ! Aku cakap dak lah kan kencing pastu strip tu keluar warna lah ! Nurse tu kata okay lah ~ Dalam hati ni janganlah kamu nak test macam macam dekat aku !

Tak sampai 10 minit misi panggil nama aku untuk check bacaan tekanan darah + berat badan. Alhamdulillah berat aku 69.85 kg tak lah lepas 70 kg dah bersyukur ! Cuma tekanan darah tu ler 128/63 buatkan aku risau. Tapi nurse tak kata apa, aku pun lega.Then nurse tu kasi nombor untuk aku tunggu kat luar. Tunggu lah aku sampai reput😂 Dalam 5 orang lagi lah sebelum aku huhu



4008, bilik 8~ Masuk je dalam bilik doktor terus doktor pakar tu suruh aku baring untuk check tumbesaran janin/baby. Aku pun baring lah ! Dalam hati dup dap dup dap takut baby besar huhu. Sebab waktu doktor ambik ukuran kepala dia aku nampak cam 30w, Oh No 😭 Kena tang tulang paha dia, tudia sampai doktor kata boboi nah baby kamu~ Besaq teloqmu Baby N (loqlaq mak hang). Alhamdulillah, akhirnya Baby N mau jugak tunjuk dekat ibu, lega hati ibu ni tak payah berteka teki dah nak beli baju baby boy ka apa ~ Doktor kata baby dalam 28w to 30w and semua okay. Uri pun alhamdulillah okay tak dok bawah ka apa 🤲🏼

Waktu consultation tu, doktor ada tanya aku ambik ubat apa untuk tambah darah. Pastu aku ceritalah iberet and zincofer tak sesuai sebab aku cirit + muntah🤮  Jadi, untuk masa la ni aku try ler Sangobion sebiji sehari huhu (padahai menipu ya Allah, esok baru nak beli). Doktor cakap kalau hb 10.0 gdl ni memang tak cukup nak bersalin, kena naikkan lagi. Nanti next appointment bawa result ujian zat besi tu ntuk doktor review ~ Doktor pun prescribe ler metformin + insulin dekat aku lagi ! Next date will be on 26/1/2022, 8 pagi guys ~


25/1/2022 @ KDUM
Semalam hari bersejarah dalam hidup aku, air takdak weh satu Langkawi. Lepas tu, takdak pilihan orderlah keow teow goreng telur mata, sedap nak mampoih ya Allah (takdak gambaq pulak, lupa sebab sedap). Tawakal je lah, selalu dinner ntuk esok BSP aku akan makan nasik perang tu. Okay, tu bab makan ! Ni bab air pulak memang tak minum air banyak weh. Air takdak🤣 last pilihan aku, aku ambik limau kasturi 3 biji perah dalam air 700ml pastu minumlah. Pagi ni, p check darah aku memang tawakal habis, alhamdulillah 5.2 je 🤲🏼

Balik tu aku bedai bihun goreng, roti sandwich dua keping🥪 lapaq nak mampoih bak hang. Pastu apa lagi, minum ler air limau kasturi 3 biji air 1 liter. Alhamdulillah aku p check BSP, bacaan dia 4.4 terkejut aku weh. Pastu tadi aku banyak bergerak sama ke sana ke sini 🤭 Syukur rasa. Balik tu terus aku beli Keow Teow Sup Thai. Sementara tunggu order tu aku balik makan cucur kodok pisang mak aku 9 biji macam tu lah. Hentam je lah perut lapar tak sangga ni 🤭 Petang tu pi check alhamdulillah still 4.4 bacaan gula dalam darah aku. Mau ka dak, berkawad rata sebab tadah air hehe.

Balik tu aku pelahap lah nasi perang, ikan siakap bakar, sambal belacan sikit + bendi. Malam tu Alhamdulillah p check bacaan jadi 5.3 in which bawah pada 10. Balik tu kira apa, bedai ler keow teow goreng semalam yg aku cakap sedap tu + air Horlick 😋 Boleh le aku tido dengan tenang + kekenyangan ❤️




26/1/2022 @ HOSPITAL SULTANAH MALIHA
Macam biasalah, mai sini mesti kena check air kencing dulu. Alhamdulillah negatif ya Allah ! Lepas tu duduk dulu, satgi nurse panggil nama baru p timbang berat badan dan ambik tekanan darah. Masa timbang tu, berat aku ya Allah 71.10 kg hehe. Tekanan darah pulak 127/60, nadi 94. Tapi nurse tak kata apa pulak 🤭 Pastu nurse bagi nombor suruh tunggu. Aku macam besa tengok nombor ni, ya Allah ! Betul sama dengan nombor sebelum ni. Luck apa no 4008 ni, ke nak kena marah ngan doktor 🙃



4008 ~ bilik 8 🔔  Masuk je bilik doktor terus doktor tanya, puan makan Sangobian je ka? Doktor satu lagi terus suruh aku naik katil scan baby. Pastu, doktor tu tanya berapa minggu dah. Aku habaq lah 33 minggu genap. Pastu, waktu scan baby tu, doktor tunjuk ler dekat aku kepala baby, abdomen dia, jantung, tulang paha. Doktor kata, baby ni boy nah? 🤭 Pastu dia kata uri dok atas nah. Air ketuban nampak okay !

Aku pun ceritalah dekat dia, aku mai PAC haritu sebab aku ingatkan air ketuban bocor. Pastu mai doktor kata takdak apa. Doktor tu cakap keputihan je tu. Pastu dia terus check air ketuban in detail☺️ Siap je scan, terus pergi ke meja doktor for consultation. Aku terpandang-pandang je muka doktor tu sebab muka macam course mate aku dekat UIA. Doktor tu tanya aku makan ubat apa, aku cakap yg coklat tu Ferrous Furmarate tu + Sangobian sebab folic acid and vitamin C (ku bedal je). Lepas tu, doktor cakap yang iron dalam badan aku mencukupi cuma ada sel darah merah aku tak bulat, dia bentuk tak cantik. And ni dipanggil as ovalocytosis. Pastu dia cakap dekat aku yg ni penyakit keturunan macam tu lah lebih kurang. Benda ni takdak treatment and depa akan refer aku dekat MOPD lepas delivery nanti. Plus, aku kena jumpak doktor KK (repeat BSP) and jumpak balik 23/2/2022 ni. Sebelum ambik buku pink ni balik, nurse tu suruh aku buat bayaran dekat kaunter. Sumpah cuak, aku lupa ambik duit ada RM10 je. Pastu, dengan muka tak malu aku pun tanya, berapa RM ye nurse? Dia cakap dalam RM 5, such relief 🤭 Selesai tunjuk resit dah boleh balik, Alhamdulillah ♥️




6/2/2022 @ KDUM
Harini kena repeat BSP lagi hehe. Mengenang nasib yang selalu terlepas cucuk insulin, ya allah😞 Petang semalam pulak, aku makan kari ikan tenggiri. Rasa A++ lah harini. Bangun tidoq, solat apa semua terus check bacaan gula pagi tadi. 4.4 mmol/l. Dalam hati ni mang tau dah, satgi kena scam lah dgn glucometer klinik kesihatan🤮



Pergi klinik sampai kul 8.10 pagi, cuak tak sangga dah rasa. Rasa cam bacaan gula naik satgi 🥲 Check tu Alhamdulillah, atas urat 5.2 untuk pagi ni. Balik tu apa lagi, aku beli mee goreng + sosej dua ketul. Makan biskut crackers lagi, tak cukup dengan tu aku makan biskut oat yang strawberry tu, lapaq teruk ya Allah 😭 

Pukui 12 aku p klinik, alhamdulillah bacaan bawah 6.0, 5.3 mmol/l. Balik tu tunggu apa lagi, melantak sakan lah dgn keow teow sup siam + pau bakar + air nyok, pelam putik. Tudia, taktau nak kata. Lapaq tak ketahuan hala sungguh rini 🤭 Lepas pada tu gasak cucuq kodok + tak minum air banyak ditambah pulak dengan aku lena, apa nak kata. Pergi check tudia, bacaan gula dalam darah naik ler jadi 6.2 mmol/l sepatutnya kena 6.0 je. Takpalah, aku pun nak p jugak Klinik Kesihatan, ubat pun dah habis🤣🤣 Balik pada tu insaf sikit, balik ler makan makanan sihat ni.



Malam tu p check darah, alhamdulillah tak tinggi sangat dalam 5.8 mmol/l macam tu ja. So aku boleh lah tidoq dengan tenang, phew ♥️

7/2/2022 @ KKAH
Aku sampai klinik dalam pukul 8 macam tu, lepas tu macam biasalah kena register, kencing, timbang berat, ambik tekanan darah terus p bilik doktor. Dekat bilik doktor tu, doktor tanyalah aku makan apa, sebab darah aku lebih pada paras normal. Aku bagitau lah aku makan keow teow, kuih tiga biji aku lena. pastu dia suh repeat lagi minggu depan. Adeh ! Takpalah. Dia mintak aku p ambik darah pulak, sebab dia kata darah aku cukup cukup. Tawakal ja lah, darah aku memang low ni aku rasa. Ya Allah ! Pastu baby N ni dok tendang tendang pulak, ya Allah lapaqnya rasa 😭😭


Masa ambik darah kena ceramah pulak dengan misi, sebab doktor tulis nama aku Noratikah. Dia kata nanti kalau doktor tulis check dulu, takut darah orang lain, result orang lain. Aduih, sumpah ketaq berasa. Lepas tu, tunggu result darah pun lagi bertambah ketiaq ya Allah 😭 Lepas, orang makmal tu panggil nama aku, mata ni melilau ja tengok result dia, aku dok cari lah angka 9 ke bawah. Alhamdulillah, result dia 10.6 gdl macam tu. Even low, tapi still lega lah 😭😭 alhamdulillah ya Rabb ❤️


Lepas dapat result ni bukan boleh terus masuk ye guys? Lambat nak mampus. Dengan laki aku nak masuk kerja lagi, ya Allah sabar je lah🥲 Dok sat tu depa panggil nama aku. Cuma nak bagitau tarikh repeat BSP tu + pesan suh makan ubat tambah darah tu. Pastu bagi resit p ambik ubat, ha gituh. Lepas ambik ubat terus balik 🤣


14/2/2022 @ KDUM
Semalam aku makan breakfast nasi lemak sebungkus, tengah hari tu aku makan nasik putih dekat setengah tupperware ais vanila yg warna biru tu + kuih muih tu. Malam tu disebabkan takut gula naik, aku makan roti wholemeal 4 keping weh tambah sardin🙃 Terasa lapaq lagi, aku makan biskut mayat yg Crackers tu. Aku rasa RIP lah gula dalam darah pre-breakfast aku sebab makan tak control pun😬

Aku check pagini, 4.6 mmol/l. Selalu aku akan dapat 4.3 atau 4.1 and bila p KK dia akan jadi 5.2 mmol/l. Aku habaq kat laki aku, mampuih dah gula naik pagini. Cuak tak sangga, ikhtiar terakhir aku aku ambik buat limau kasturi kemam sampai klinik then selawat sepanjang naik motor tu. Sampai klinik, awai pulak turn, dalam hati hanya Allah yg tahu~ Alhamdulillah 5.2 jugak. Balik tu terus beli bihun goreng + nugget 3 biji. Stop makan pukul 10 and minum air masak banyak banyak.

Pastu pergi klinik pulak pukul 12, aku cuak lah sebab kencing tak kerap sangat. Masa tu nurse check alhamdulillah 4.8 mmol/l. Balik tu terus beli tomato + salad sebab nak buat roti sardin guna wholemeal bread tu (ni sebab kedai keow teow sup thai tu tak bukak). Balik tu aku masak + makan roti tu 4 keping. Pastu makan cucur kodok sebiji + sayang ke nasik goreng pagi tadi(nasik pun nasik putih,bukan perang 😞), aku pun makan lah. Lepas pada tu memang aku minum air banyak + bergerak in which buat buat rajin nak bagi gula tu turun.

Pergi check bacaan gula dalam darah tu pukul 6, Alhamdulillah normal jugak. Hehe, balik tu tolong mak aku basuh barang kedai kejab then balik rumah terus makan nasik. Menu aku jeng jeng jeng ~



Serik dah weh, minggu lepas kena pergi KK Ayer Hangat sebab BSP ada merah. Alhamdulillah, bacaan gula waktu 9.15 malam tu pun di paras normal. After all, thanks to Allah, ubat + insulin, tidur ayam 15 minit je + air limau kasturi ❤️ Disebabkan BSP cantik, nurse kata lepas ni takdek dah BSP dgn KK Ayer Hangat + esok pon tak perlu pergi ke sana dah, and kalau ubat habis just inform nurse yg jaga kita tu. Cuma 38 weeks dah kena beranak. And, BSP pakar continue macam biasa 🌼🌼 Alhamdulillah thumma Alhamdulillah.

1/3/2022 @ KDUM (Repeat BSP)
Ni aku rasa BSP last aku dengan Hospital Bukit Tekuh. Tapi 22/2 yg sepatutnya last day tu aku positive Covid. So, aku kena repeat balik 1/3/2022 ni. Malam sebelum BSP aku makan burger daging biasa tu satu. Pagi ni check BSP jadi 4.2 mmol/l. Dalam hati dok kata confirm kena scam ni, tapi InsyaAllah scam tak tinggi sangat. Sekali p alhamdulillah 4.7 mmol/l
 

Balik ja terus beli sarapan kat kedai Kak Rah, aku ambik bihun goreng + telur mata. Pastu settle dah sarapan, aku makan ubat metformin ntuk kencing manis tu. Pastu, pukul 12 tengah hari aku pergi klinik dgn husband aku, alhamdulillah gula dlm darah tak lepas lah 6.0, just 5.8 mmol/l.

Balik dari klinik, aku terus beli bakso untuk lunch and balik rumah, alahai terliur tengok cucur mak kuning-kuning gituh😚 Aku pun makan lah cucur, air nyok + bakso. Lepas tu, rasa mengantuk yakmat harini aku tido dalam 15 minit. Petang tu pergi check gula, alhamdulillah 4.8 mmol/l.

Balik rumah makan nasi putih + asam pedas ikan duri mak. Banyak jugak aku letak sebab lapar sangat ya Allah 😭 Dah settle makan tu, aku masak sup ayam ntuk husband and Noah. Malam tu pergi check gula alhamdulillah 6.0mmol/l.

Balik tu memang terasa nak makan sungguh sungguh zinger burger KFC, alhamdulillah dapat jugak suami belikan. Terima kasih ya suami, moga Allah sentiasa mewahkan rezeki bie aameen ❤️


Lega dah dekat hati ni alhamdulillah, esok 2/3/2022 aku kena admit hospital dah sebab genap 38w. Hampa doakan aku bagi mudah bersalin tau? Moga dipermudahkan urusan induce esok. Btw aku takdak turun tanda apa lagi, just sengugut on off ja. Moga mudahlah urusan aameen 🤲🏼❤️

Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCON💊

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) 📑

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = 🔥