OUR 4TH FANTASTIC YEARS; HAPPY ANNIVERSARY HUSBAND ✨

Assalamualaikum my superb husbaby 🌼
First of all, Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kita yang ke-4 bie ❤️ Alhamdulillah Thumma Alhamdulillah.
Sayang doakan moga Allah ampunkan dosa bie, permudahkan urusan, murahkan rezeki bie dan sama-sama kita masuk ke syurga Allah. Moga rumah tangga kita sentiasa dikurniakan Sakinah, Mawaddah wa Rahmah oleh Allah 🤲🏼

Pejam celik pejam celik dah empat tahun kita bersama, Alhamdulillah ! Banyak benda yang kita lalui sama-sama, susah senang kita, pahit manis kita kan bie? Jom recap journey kita selama empat tahun ni 😚


[20 Januari 2018 - 20 Januari 2019]
Ingat lagi Tahun Pertama kita kahwin, lepas ja majlis, zero terus duit sementara nak tunggu bie gaji, duit bie semua habis sebab majlis. Lepas tu, tak sampai dekat situ ja, dengan ujian PJJ (even tak jauh - Gombak <---> Subang je, tapi still rasa jauh kan bie, besalah baru tawen 😋). Kita nak jumpak pun waktu weekend ja (tu pun kalau kena dgn cuti bie). Boleh dikatakan sebulan sekali jugaklah nak duduk sama-sama, check in hotel/balik melaka naik motor/KTM. Kadang beli barang U pun penuh raga motor 🤭 Tapi tu lah kenangan kan bie? Susah mula-mula kahwin ni hanya Allah je yang tahu. Rumah takdak, kereta takdak, baru mula nak hidup 🤭  Ingat lagi, bie bawak sayang pi honeymoon dekat Cameron Highland waktu bulan puasa. Ingatkan bie gurau sekali betui 😚 Terima kasih bie, so sweet ❤️

Ada lagi insiden yang bie teringin nak ada anak, sampai gaduh kita🥲 Yelah, sayang ada cyst susah nak mengandung. Bila petik pasai anak mestilah sedih😌 Tup tup, Bulan Ogos mengandung dekat Noah. Ujian lagi hehe, kita ulang-alik klinik/HKL semua tu naik motor, hujan panas pun kita redah sama-sama hehe, semua tu kenangan, best bila ingat balik. Alhamdulillah. 🥰 Pastu, disebabkan kekangan masa, barang-barang baby si Noah semua bie beli sendiri. Kesian dekat bie, shopping barang baby sorang-sorang🥲


[20 Januari 2019 - 20 Januari 2020]
Tahun Kedua kita kahwin pun still sama ujian PJJ kita hehe. Cuma beza tahun ni Noah lahir. Lagi besar ujian untuk kita bertiga. Bie berkorban PJJ lagi dan yang lagi besar ujian bie jauh dengan anak kesayangan bie pulak tu, bie dekat KL sayang dengan Noah dekat Langkawi 🥲 Habis je study leave, sayang nak masuk UIA, kita bawak Noah balik Melaka, then ulang alik pulak kita berdua dari KL ke Melaka, at least dekat sikit bie ngan Noah. Dekat dekat pun sedih kadang tak boleh balik tengok anak sebab Jumaat pun still ada kelas, kesian bie p check up Noah sorang-sorang. Penghujung Bulan Disember, kita hantar Noah balik Langkawi, jadi bermulalah fasa bie dan sayang jauh dengan Noah balik 😭 Noah duduk dengan mak sayang. Sayang tak habis fikir, taktau macam mana bie terpaksa tanggung rindu dekat Noah, tapi yang sayang tahu bie lah yang paling banyak berkorban😢


[20 Januari 2020 - 20 Januari 2021]
Tahun Ketiga kita kahwin, agak dahsyat ujian, dah lah dah PJJ satu bab tambah pulak dengan PKP lagi~ Rezeki sayang boleh balik 18/3/2020 disebabkan PKP, Universiti pun tutup, boleh lah tengok dan jaga Noah. PKP ni, dah lah bie jauh dengan sayang ngan Noah, dengan tak boleh merentas negeri lagi. Raya pun tak boleh balik. Ya Allah sabar je lah !

Disebabkan takdek proper gambar raya, balik je cuti dekat sini bie ajak pakai baju raya p ambik gambar. Masa ni Noah dah setahun kan bie 🤭


Tak berhenti di situ journey kita kan bie? Tahun ni Allah uji bie ada problem dekat tempat kerja, Syarikat baru yang nak hire bie tu pun tak boleh ambik bie kerja. Bie pun duduk saja kadang ada job kadang takdak. Sedih bethol orang buat macam tu dekat bie. Bincang punya bincang, penghujung tahun 2020, bie terpaksalah lepaskan career bie dalam bidang Ground Handling/Aircraft, balik mai duduk Langkawi 😌 Waktu nak balik (2/1/2021) tu ujian pulak dah terlepas flight, tak pasai pasai kena beli ticket baru ✈️💸 Lepastu, Alhamdulillah Tuhan ganti, bie cari kerja takdan seminggu dapat masuk Kedai Hardware. Jauh teruk dari bidang bie. Apapun bie memang sabar belajar dari bawah. Berkat sabar kerja takdan 3 bulan dah terus permanent Alhamdulillah ♥️ Kesian tengok bie, awal awal kerja habis semua sakit badan, kaki, tangan ya Allah 😭


[20 Januari 2021 - 20 Januari 2022]
Bermulalah fasa kita duduk dalam satu rumah, masak sama-sama kemas sama-sama, jaga anak sama-sama (eh bie yang paling banyak jaga😂, seronok beranak banyak kalau bie yang jagakan). Alhamdulillah merasa ada rumah tangga sendiri, best walaupun pelan pelan nak ada semua benda macam rumah mak kita tu. Tapi bukan mudah kan bie? Nak harungi satu satu ujian. Bie pulak slow-slow lengkapkan barang rumah - peti ais, mesin basuh, blender, lesung batu, dapur gas. Alhamdulillah, tahun ni dapat jugak kita raya sama-sama. Malam raya tu, boleh pulak p cari baju Noah sebab tak muat. Noah gemuk 🤪

Alhamdulillah tahun ke-3 perkahwinan ni, kita ada gambar proper raya pada hari raya hehe 🌼

Elok sayang nak habis study, melekat pulak. InsyaAllah Tahun 2022 panjang umur murah rezeki dapatlah kita jaga Baby N. Walaupun kita cukup-cukup ja dari segi duit ringgit, alhamdulillah Allah bagi rezeki yg lain. Sekarang ni pulak, bie slow slow renovate ruang tamu. Habis semua duit bie untuk keselesaan sayang dan Noah 😭 Renovate rumah ni pun ada cerita jugak kan bie? kita laki bini kena jimat-jimat duit sampai je pertengahan bulan mesti ada RM100 je untuk sampai hujung bulan balik. Tapi Alhamdulillah, Allah tolong kita kan bie? Allah Maha Baik, Maha Tahu bila kita 'perlu' duit. Kadang tauke bie hulur, kadang customer bagi tips. Mudah jalan kita, Alhamdulillah ! Tu tak termasuk lagi cerita bie tak makan tengah hari, balik makan dekat rumah untuk jimatkan duit sementara nak habis buat ruang tamu rumah. Plus, barang rumah mahal sekarang dan harga makin menaik (barang basic saja tak termasuk jajan, ais krim, processed food pun dekat RM 400). Walaupun macam-macam ujian, Allah Maha Kaya, tahun ni bertambah rezeki bie dinaikkan gaji ❤️

Orang kata, 5 Tahun pertama perkahwinan ni ujian kewangan. Lepas ni fasa kita nak beralih senang sikit. Andai betul kata orang, tinggal lagi setahun kan bie kita nak lalui fasa susah ni? Moga bila beralih ke fasa seterusnya kita dapat bersama-sama lagi sampai bila-bila dan sampai syurga Aameen ❤️ Bila senang nanti bie jangan lupa sayang nah?

Pss, terima kasih bie sebab bie terpaksa makan maggie enam bulan semata-mata nak kumpul duit kahwin, nak halalkan hubungan kita. Terima kasih bie selepas bie nikah, bie selalu makan nasi bujang, jimat-jimat sebab nak cukupkan keperluan sayang, yuran sayang, buku sayang dan Noah. Terima kasih sampai ke hari ni bie berkorban untuk keluarga kita. Sedih hanya Allah yang tahu, bila dapat tahu bie catu makan selama perkahwinan kita ni. Bila bie balik duk sini rasa lega sikit, apa yang ada kita makan sama-sama. Sayang sayang baby lillahi Taala. Moga Allah mewahkan rezeki bie di dunia dan di akhirat Allahumma aameen 🌼🌼

Happy 4th Anniversary, Mohd Azree.
From Your Clingy Wife 😋

Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCON💊

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) 📑

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = 🔥