NEIL'S MONTHLY CHECK UP 🧸💉

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Moga Allah permudahkan urusan kita semua 🤲🏼❤️

InsyaAllah entri kalini aku nak ceritakan pengalaman check up pertama Neil as human being (and check up seterusnya yang aku akan update di sini jugak) apabila dah mencapai sebulan sebab sebelum ni check up waktu Neil dalam perut jer hehe 🌼 Okay ! Waktu hari ke-20 aku berpantang, alhamdulillah waktu tu jugak Neil discharge dari prolonged jaundice, Nurse KDUM ada bagi tarikh untuk aku datang semula ke klinik for check up Neil yang dah sebulan pada 5 April 2022.

Ni gambar Neil nak jumpak doktor, letak je baju nangis ler dia🤣


5/4/2022, 1400 @ Klinik Desa Ulu Melaka

Aku sampai jer klinik terus Kak Iena suruh bukak baju baby and timbang berat baby. Hihi, sebab aku orang first yang sampai pukul 2 petang 🤭 Alhamdulillah, berat Neil 4.4 kg. Lepas tu, Nurse mintak pakaikan balik pampers and ukur tinggi (52 cm) and lilit kepala Neil. Lepas je, settle part Neil kena check up aku jugak, postnatal punya. Macam biasa lah kena kencing, timbang berat (58.5 kg) then ambik tekanan darah (alhamdulillah normal) and HB (13.8 gdol, dalam hati alhamdulillah aku tak sakit😭)

Then kena pergi bilik nurse. Dalam bilik nurse ni, nurse tanya aku, aku on insulin and metformin sekali kan? Aku jawab ya. Nurse tanya lagi soalan psychology in which ada perubahan sikap ke apa? Aku cakap yang takdak, just berjaga malam kadang kadang stress tu je lah. Nurse kata biasa benda tu. Then nurse suruh jumpak doktor for RME baby and minum air gula esok, 6 April 2022. Bila settle bab aku, nurse check Neil pulak, dia tanya lah perut keras ke? Aku cakap kembung biasa-biasa je tu Kak Iena tapi dia kentut and berak. Settle bab tu, nurse terangkan cara ambik pil perancang pulak. Dia pesan:

🌼 Seeloknya ambik waktu yang sama tiap hari. Nasihat dia pukul 8 malam

🌼 Letak dekat tempat yang senang nampak

🌼 Kalau boleh jangan lupa. Kalau lupa makan esok pagi tu, janji jangan bersama🤣

🌼 Pil ni sampai 6 bulan usia baby, kalau nak tukar pil lain pun boleh

Waktu konsultasi dengan nurse harini, aku banyak tanya soalan jer berkaitan dengan baby (almaklum lah, dah dua tahun setengah tinggai bab anak kecik ni). Then, nurse bagi next date pulak iaitu 8/5/2022 for 2 month check up baby Neil and ambik pil perancang🥰


6/4/2022, 0800 @ Klinik Kesihatan Air Hangat

Aku ke klinik ni dengan husband aku. Sebab kesian mak aku nanti nak kena tunggu lama pulak sebab aku kan nak kena minum air gula and check Neil sebulan. So aku bagi baby dekat suami aku then masuk dalam. Masuk je klinik terus p daftar lepas tu bagi borang dekat bilik darah. Nurse panggil ambik darah and bagi minum air gula and nurse tu suh mai balik pukul 10.41 pagi untuk ambik darah yg kedua. Ujian darah ni orang panggil Hba1c in which nak tengok lepas pregnant ada tak kencing manis and dalam bahasa mudah, lekat terus ka kencing manis.

Dah settle yang ni, terus ambik baby dekat suami aku and pergi tunggu dekat kaunter saringan. You know what? Ramai sungguh lah orangnya pun. Sampai je turn aku, nurse kata tak perlu pun timbang berat direct p bilik doktor iaitu Bilik 2. Sampai ja depan bilik doktor tu, aku pun letak buku. Then tak lama lepas tu doktor panggil nama aku. Nurse yg bertugas kat bilik tu suruh aku bukak baju baby tinggai pampers je. Doktor check Neil and alhamdulillah semua okay, then doktor tu cakap, baby nak naik ruam kat kelengkang. Kena bersihkan betul betul. Lepas tu, dia cakap Neil ni macam kulit sensitive and sama ada dua je. First, jangkitan kulat and second, allergic 🥲

Settle je check baby, aku terus ajak husband aku balik sebab nanti lewat pulak dia masuk kerja and aku tak larat nak melangut sampai sejam lebih. Pukul 11 pagi camtu aku sampai klinik dgn mak aku, then terus ambik darah kali kedua. Alhamdulillah settle sampai sini ☺️ Result kencing manis ni ambik masa beberapa hari jugak kata nurse bilik darah. Jadi kita tunggu je lah, dgn harapan takdak apa apa lah ye? Aminkan kawan-kawan. Sebelum tu, aku sempat sembang dgn nurse yg ambik darah aku tu, dia cakap dia pun pernah kena sebab depa dah turunkan rate tu dari 5.8 mmol/l ke 5.1 mmol/l. Aku tanya dia kalau kata lekat? Dia cakap doktor akan bagi tarikh appointment lepas tu set for BSP 4x ulang ke klinik tu. Kalau normal takdak apa doktor tengok camtu je kalau kata tinggi doktor akan on ubat or insulin.🥺

Neil Raihan pun alhamdulillah sihat sihat je, tumbesaran dia pun di paras normal just tunggu aku je lah result kencing manis ni. Moga Allah angkatlah kencing manis waktu mengandung tu dari diri aku. Sedih sangat ada kencing manis dulu 🥲 So apa apa check up Neil untuk bulan yang seterusnya aku akan update je bawah ni. Buat kenang-kenangan nanti ❤️ InsyaAllah kita bersua di entri yang akan datang tau?  👋🏼


✅ Update : Neil's Check up of 2 months old

Supposedly, 8/5/2022 ni Neil kena check up. Tapi raya haritu, kami satu family balik kampung kan, satu family demam, and Neil kadang macam tak sedap badan pun ada even dah kebah demam dia. Risau jugak nak bawak p klinik takut demam balik. Yg boleh demam ni, maybe bertukar angin or makan rendang daging tak minum air kosong kot🤭 Jadi aku pun bagitau Kak Iena yang baby demam, Kak Iena cakap nanti bila sihat bagitau.

So dapatlah date 18/5/2022, Rabu. Pagi tu Neil bangun siap senyum happy lagi. Pastu aku pun bagi mandi siap siap semua, bawak p klinik. Aku mintak suami temankan sebab aku rasa tak kuat nak pegang waktu cucuk Neil 2 bulan nanti.

Sampai je klinik terus bukak baju, timbang baby, ukur tinggi and lilitan kepala. Alhamdulillah Neil naik sekilo dari 4.4kg ke 5.4kg hihi. Tinggi pun naik sikit begitu juga dgn lilitan kepala dia. Masuk je dalam bilik nurse, nurse tanya ada masalah ke apa ke? Aku kata semua okay and nurse bagi next date untuk check up 3 bulan, pada 12/6/2022. Then, sementara nurse sediakan vaksin tu aku pun pass lah Neil dekat ayah dia. Waktu masuk bilik suntikan tu, aku duduk luar je. Dok sat tu apa lagi, kuat gila weh nangis dia. Moody seharian🤣 


✅ Update : Neil's Check up of 3 months old

Pagi-pagi lagi dah bersiap dgn husband untuk pergi check up Neil. Dek klinik dekat nak ja p ngan motor tapi nak hujan lah pulak.

Sampai ja klinik, terus letak buku Neil and tunggu nurse panggil nama. Bila nurse panggil nama macam biasa lah p timbang berat, ukur tinggi dan lilit kepala. Aku dok ingat Neil dah 6 kg, baru 5.8 kg pastu tinggi naik 55 cm jer 🤭 Dalam hati, Neil ni kemetot ker huhu, takpalah asalkan naik berat and tinggi walaupun 100g or 1 cm.

Done part ni kena tunggu nurse panggil for consultation. Memandangkan orang agak ramai, amboi lama lah pulak 😌 Jenuh aku ngan suami berdodoi Neil sebab Neil ni tak suka duduk tempat orang lama lama.

Bila turn aku, masuklah dalam bilik nurse tu. Alhamdulillah nurse tick semua kemahiran 3 bulan Neil and graf pertumbuhan dia pun normal ! Lepas tu dapat tarikh lepas raya haji untuk 4 bulan pulak. Pastu kena tunggu luar kejab nak cucuk 3 bulan. Tunggu ni bukan main lama, Neil mula lah dok meronta ronta dlm klinik dah lah suara deraih nak mampoih ! Malu ibu ayah aih🤭 Setelah beberapa ketika barulah nurse panggil, amboih lagi kuat dia teriyak lepaih kena cucuk terus cari botoi nak lena. Kesian dekat Neil 🥺


✅ Update : Neil's Check up of 4 months old

Harini pukul 8.15 pagi @ 17/7/2022 baru keluar rumah. Mana taknya, ibu ayah Noah & Neil nak siapkan Noah and Neil lagi.

Sampai ja klinik sumpah ramai, aku bagitau husband suruh bawak Noah jalan jalan dulu nak menunggu pun bukan dia kerja sebab memang akan lambat. Then aku masuk le dalam klinik. Lepas tiga orang patient, then baru nurse panggil Neil. Alhamdulillah berat, tinggi and ukur lilit kepala Neil semua naik. Berat Neil 6.1 kg, Tinggi dia 61 cm. Alhamdulillah dalam graf putih lagi.

Lama jugak baru nak boleh masuk bilik nurse pun, masuk je bilik nurse, nurse just cakap harini kita ambik vaksin Pneumococcal, bulan depan baru kita sambung dengan Hexaxim Dosage 3. 

Aku pun iyakan je. Pastu nurse tanya lagi, bulan lepas tak ambik perancang kan? Aku kata yg breast aku selalu bengkak susu, doktor suruh hold dulu takut jadi ketulan lepas tu, nurse tu takde kata apa apa pun. 🤣 Dek Neil makin merengek bila tak selesa, Nurse pun cakap okay siap dah hehe, jom kita p cucuk.

Waktu nak cucuk memang aku panggil husband lah. Aku tak berani nak pegang, cucuk je kat paha terus nangis si Neil. Kesian tengok, sampai merah muka dia. Balik terus merengek nak tido. Alhamdulillah settle untuk 4 bulan punya check up ♥️🤍



✅ Update : Neil's Check up of 5 months old

Dalam pukul 5 pagi macam tu, Neil merengek-rengek then bangun. Aku dan suami yang risau satgi dia melalak dalam klinik tu sebab tak cukup lena. Segar sungguh mata dia sampai p klinik pun mang tak lena.

Kami sampai klinik dalam pukul 8.03 pagi macam tu. Alhamdulillah jadi orang first. Dok sat tu, nurse panggil suh bukak baju anak untuk timbang Neil. Neil naik 300g je hehe, berat dia bulan ni 6.4 kg. Lepas tu, tinggi naik sikit ja hehe 0.5 cm. Apapun BMI dia okay.

Then masuk bilik nurse tu, nurse bagitaulah dia boleh start makan umur 6 bulan and bagi bubur kosong dulu, jangan bagi nestum takut nanti kita suap nasi dia takmau sebab nestum baby tu lagi sedap dari nasi. Pastu nurse bagi next appointment 11/9/2022 and sedia untuk cucuk. Waktu ni dia dah menyebai dah takmau duduk sebab mengantuk huhu😆

Macam biasalah Neil, bila baringkan ntuk cucuk dia punya nangis tu Allahuakhbar! macam orang kena sakai(pukul). Cucuk je vaksin ha, kuat bukan main. Pastu senyap sebab dia mcm dah terawang awang mengantuk. Al maklumlah, 3 jam weh bersengkang mata 🤣


✅ Update : Neil's Check up of 6 months old

Sepatutnya appointment Neil 11/9/2022. Tapi, Nurse call yang suruh datang hari Selasa 13/9/2022 sebab dia ada audit. Aku okay je hehe.

13/9/2022 tu, aku sampai klinik mak ai boleh tahan ramai gak. Tapi tak lama tunggu sebab ni turn kawasan lain tu yg ramai. Nurse panggil ja nama aku terus p timbang, ukur tinggi then baru ukur lilit kepala Neil. Alhamdulillah, adalah naiknya dari bulan ke bulan. Berat Neil 6.7 kg and tinggi 64 cm.

Lepas tu, consult dgn Nurse then Nurse panggil untuk cucuk. Yg ni tugas lakiku, aku takleh tengok aku sedih. Bukan main dia kuat gila orang nak cucuk 😂 Tapi kalini nangis kejab je, dah settle.


✅ Update : Neil's Check up of 7 months old

Dalam kui 8 lebih, aku sampai klinik. Sunyi weh klinik, rupanya orang pakat balik kampung cuti Deepavali 🪔

Masuk je terus dapat timbang berat Neil, ukur tinggi and lilit kepala. Alhamdulillah harini mai timbang je hehe, berat dia 6.9 kg, tinggi dia pun 67 cm alhamdulillah ada naiknya. Duduk sat tunggu nurse panggil je.

Sampai turn, nurse habaq lah BMI normal then tanya bagi baby makan apa. Aku habaq lah baby makan nasi hat bubur tu boh ayam ngan carrot sikit. Pastu, nurse pesanlah kalau boleh jangan bagi baby makan nestum bayi tu, ada gula. Aku iyakan saja. Then nurse perasan yg Neil ada gigi, pastu aku tunjuk. Terkejut Nurse gigi Neil dah banyak hehehe🤣 Settle semua, 20/11/2022 datang balik untuk timbang baby lagi hehe.



✅ Update : Neil's Check up of 8 months old

Sehari sebelum check up, nurse whatsapp cakap 20/11/2022 ni cuti sempena pilihan raya. Then aku tanya bila nak boleh datang klinik, tak dibalasnya sampai ke sudah. So takdeklah check up 8 bulan. Sampai Neil demam yang naik ruam tu. Bagus jugak tak p, satgi berjangkit dekat anak orang lain.


✅ Update : Neil's Check up of 9 months old

Neil cukup je 9 bulan terus nurse whatsapp tanya, anak cukup 9 bulan ke? Aku jawab ye. Pastu tak kasi tarikh nak datang klinik. Waktu ni phone aku masuk air bhai. Dia telefon aku memang tak angkat lah, pastu call lakiku lagi tak angkatlah sebab kerja. Sabar ja lah.

Pastu, 6/12/2022; 10.05 pagi, nurse yg sorang lagi whatsapp suruh bawak anak datang klinik, sebab ada satu slot lagi vaccine MMR kosong. Sebbaik lah waktu tu aku free. So datang je lah klinik. Nurse dok ulang lah, call tak angkat bagai. Hello ! Saya ada kerja lain dari dok belek phone. Waktu timbang Neil alhamdulillah naiklah 7kg, pastu waktu ukur tinggi lahai 68 cm, tak tinggi tinggi Neil ni. Ukur lilit kepala alhamdulillah okay.

Waktu consult dgn nurse, nurse kata semuanya okay. BMI normal. Pastu aku tanya pasai tinggi tu sebab nurse tulis bantut, dia kata takpa tak boleh buat apa dgn tinggi aku pun okay. Then dekat bilik vaksin tu, aku kena peluk Neil, Neil dah kena cucuk kat tangan untuk vaksin MMR tu, nangis dia lepas tu dok temenung ja huhu, sakit gamaknya. 😭

Balik tu, badan dia macam panas tak panas. Dedar ka orang panggil?


Esok pagi tu nurse tu whatsapp aku pulak kata Neil tak cukup berat duduk dalam graf kuning. Haiya ! kelmarin kata semuanya okay, aku ni sabaq ja lah ya Allah. Dia tanya aku, baby ada demam ka. Ye baby memang ada demam pastu dia kata takpa pulak. Aku ni dok risau tengah start bagi Neil makan banyak banyak 😭


✅ Update : Neil's Check up of 10 months old

8/1/2023; 8.00 pagi aku pi klinik dengan suami aku. Aku suh suami aku tunggu kat luaq. Aku ni memang lah, RISAU takut Neil tak naik berat. Allahuakhbar! Dok sat tu nurse panggil suruh timbang. Betui ! 7 kg ja, berat 68 cm macam bulan lepaih. Masuk ja dalam bilik nurse, aku habaq kat nurse tak naik ! Nurse kata lah dia ada demam ka? Aku kata dak. Dia kata dia aktif sangat ka? Aku kata ya !

Pastu nurse habaq, kalau aktif memang baby macam ni. Ramai dah kak dok jaga memang mula mula naik elok, start boleh makan berat drop. Pastu dia suh la aku bagi makanan bersantan and masak guna planta/margarine. Pastu masuk lah nurse hat ketua kat situ, dia kata kat aku nanti jangan bagi anak minum susu dulu, bagi dia makan dulu. Kalau dia main, ligan dia sambil makan. Pastu aku pun boleh balik. Bulan depan dia nak suh aku mai 5/2/2022 ! Dup dap dup dap jantung ni 😭

Kecik kan si Neil? Hampa mo ada suggestions apa apa habaq lah tau?

Update : Neil's Check up of 11 months old

4/2/2023; Aku whatsapp Kak Ina maklum yang Neil demam and aku dah pi klinik. Kak Ina suruh aku mai balik 15/2/2023

15/2/2023; 8.00 pagi aku pi klinik dengan suami aku. Rasa lega tengok klinik takdak orang. Tapi dalam hati dok pikiaq berat Neil, mana tak nya baru nak naik badan tetibah Jumaat baru ni demam balik, cirit birit. Allah !

Kejab je Kak Nazirah panggil, Kak Ina bagitau lagi dua minggu nak kena mai balik tapi dia silap bagitau. Aku kata takpa ja Kak Ina. Dalam hati lega selega leganya sebab dok rasa Neil susut sebab demam dia takdek selera nak makan🥲 So jumpak balik 5/3/2023.

Update : Neil's Check up of 12 months old

5/3/2023 ni sepatutnya date checkup Neil setahun tapi misi mintak untuk reappointment sebab dia cuti tak silap time ni, so here we go 19/3/2023. Aku memang semak, lemaih perut la dengan masalah berat badan Neil huhu, paling tak suka kalau kena jumpak doctor. 

Macam biasa lah dia berat 7.4 kg, tinggi 71 (menyusut gais) tapi peliknya bmi normal. Takpalah asalkan dia sihat. Dan ibu pun kena ulang pii klinik ya tiap bulan sampai berat okay ! Time ni jugak dia kena cucuk vaksin MMR dos 2, apa lagi member nangis lah dia 🥹

Update : Neil's Check up of 13 months old

Sepatutnya ada appointment waktu ni, tapi aku tak pi sebab Neil tak sihat jadinya nurse tukar ke 25/6/2023 waktu ni Neil dah masuk 1 Tahun 3 Bulan in which 15 months old. Waktu ni jugak dia kena ambik vaksin booster Pnuemokokal. Aduh, tak suka dengar anak nangis tapi bertabah lah lagi satu then habis lah insyaAllah😭

Macam biasalah, berat still KBB 7.9 kg je, tinggi Alhamdulillah normal 7.4 cm and BMI pun normal. Nurse kata selagi BMI normal even baby KBB pakar pemakanan just minta untuk pantau berat sampai normal, tak perlu jumpak pakar. Lega aku dengar 🥲 TAPI macam biasalah dah KBB memang kena ulang tiap bulan pi klinik untuk timbang berat badan and refer pemakanan dekat misi 🥹

Update : Neil's Check up of 16 months old

30/7/2023; 8.00 a.m. Mai klinik untuk pemantauan berat badan ni macam biasa lah, semak perut selagi berat anak tak normal. Timbang berat Neil naiklah 200 gram, 8.1 kg. Tinggi pun naiklah 2 cm in which 76 cm and BMI Alhamdulillah Normal🥰 Apa lagi, tiap bulan la kena tunjuk muka dekat Misi.

Update : Neil's Check up of 17 months old

Sepatutnya ada appointment waktu ni, tapi aku terlepas pandang tarikh and teruih tak pi weh hahah 🤣 Pastu, aku whatsapp nurse dia kata takpa nanti dia bagitau lain bila tarikh nak kena mai. Sampailah next month haha sekali ngan cucuk last tu baru dapat tarikh🥰

Update : Neil's Check up of 18 months old

10/9/2023; 9.00 A.M. Macam biasalah mai klinik timbang berat Neil dulu. Berat 8.6 kg, Tinggi 77 cm dan BMI normal, Alhamdulillah ! Pastu kena lakukan ujian saringan M-Chart untuk tengok anak kita tu ada simptom awal autism ke tak, alhamdulillah Neil lulus. Last but not least, kenalah cucuk Booster DTaP/DT nangis member, berbulan bulan bengkak cucuk last ni. Kesian Raihan 😭


Kesian dia, balik balik terus tidur macam ni, gamak sakit tapi taktau nak bagitau😭


Okay, done update journey vaksin Neil Raihan. Alhamdulillah, masalah dia just KBB takdak yang serious buat masa sekarang. Ibu doakan moga Neil Raihan terus sihat sampai ke akhir hayat. Tbh, Ibu tak suka Neil divaksin, tapi susah betul nak masuk sekolah, ibu terpaksa. Benda ni dah kena dekat Abang Noah sampai besar nurse minta cucuk sebab missed vaksin dulu. Im sorry sayang 😭😭 Thank you buat yang sudi baca entri saya kalini ✨✨

Comments

Popular posts from this blog

HI ORALCON💊

JOURNEY AS A LAW STUDENT (1) 📑

2ND PREGNANCY JOURNEY (PART 2) | GDM ON DIET & UBAT + BSP = 🔥